Sunday, March 29, 2009

Mesyuarat Agung PAS Caw.Sek 17




Salam,Alhamdulillah PAS Caw.Sek 17 telah mengadakan Mesyuarat Agung kali yang ke-1 di gabungakn Teres,Kelompok,Kenanga dan Flat.Pada 27hb March 2009 jam 08:30 mlm di mulai dengan solat Isyak,pendaftaran ahli dan pembayaran yuran tahunan dari ahli,jamuan makan bersama YB.Khalid Samad dan di ikuti dengan perasmian Mesyuarat Agung oleh YB.Khalid Samad,kata-kata YB,bagi mengaktifkan caw 17 ini kita hendaklah membuat kuliah,tamrin atau usrah sebulan sekali,bagi merapatkan hubungan sesama jemaah kita,serta menambahkan lagi ilmu perjuangan kita yang berlandaskan Islam dan Al-Quran.Selepas itu Pemilihan Jawatankuasa Baru yang di cadang kan oleh Hj.Sahedan,sebagaimana kebinet bayangan yang di calonkan hasil perbincangan dengan ketua-ketua caw teres,kelompok dan kenanga.Alhamdulillah mendapat sokongan dari semua ahli yang hadir.Selepas itu ucapan dari Ketua Caw Hj.Mushri dengan menetapkan bermula 24hb April 2009 Usrah yang pertama caw 17 dan akan diadakan pada sebulan sekali hari jumaat pada akhir bulan.Semoga kita dapat bersama menghadirkan diri pada Usrah yang akan di adakan nanti InsyaAllah.

Ribut Melanda Seksyen 17,Shah Alam


Salam,pada 27hb March 2009 jam 05:30 ptg,Ribut kencang dan hujan lebat melanda seksyen 17,banyak bumbung rumah yang tercabut,pokok-pokok dan tiang lampu tumbang.Ana bersama sahabat berada di Restoran Jayati semasa kejadian,selepas hujan reda Ana dan sahabat melawat kawasan yang teruk di landa ribut sambil menghubungi pihak MPP Zone 6 untuk menghantar kan bantuan seberapa segera,kerana kebanyakkan pokok-pokok tumbang telah menghalang laluan utama memasuki Seksyen 17 dan di dalam kawasan Seksyen 17.Alhamdulillah,tiada nyawa yang terkoban hanya pokok-pokok dan tiang lampu tumbang di kawasan luar rumah.Rumah-rumah yang di landa kerosakan telah di baiki pada keesokan hari nya dengan bantuan dari pihak MPP Zone 6 dan kerjasama MBSA dan TNB.Semua yang berlaku datang nya dari Allah s.w.t. untuk mengigati diri kita,sesungguhnya Allah s.w.t lebih berkuasa dan mengetahui setiap apa yang kita lakukan di Bumi Allah s.w.t.sama-sama lah kita ingat-mengingati dan banyakkan berdoa semoga di lindungi dari segala bencana InsyaALLAH.


Sunday, March 15, 2009

Mesyuarat Agung Pemilihan Ahli Jawatankuasa 2009



Mesyuarat Agong Pemilihan Ahli Jawatankuasa 2009 akan di adakan pada 22hb March 2009 bertempat di Dewan Merbau MBSA 17/B, Jam:09.00 mlm..Semua Ahli di jemput hadir..

PASTI Nurul Iman


Alhamdulillah,syukur dengan izin Allah S.W.T. PASTI Nurul Iman telah di tubuhkan pada 14hb Nov 2008

Sesi Persekolahan bermula 05hb Jan 2009, seramai 24 orang pelajar telah berdaftar di PASTI Nurul Iman