Saturday, June 27, 2009

Tinjauan Manek Urai 3: Fauzi Calon PAS

Tok Guru Isytihar Calon PAS

Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah (gambar) dipilih sebagai calon parti PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Fauzi yang sentiasa berserban sejak belia lagi, kata Tok Guru - Foto Malaysiakini
Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu ceramah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11.30 malam ini.
Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang Pemborong Ikan dan anak tempatan.
Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggungjawab sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil – juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, penasihat DAP, Lim Kit Siang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; dan Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution. Sementara itu, BN pula dijangka mengumumkan calonnya Ahad ini.Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

Petikan Dari:http://jiwokelate.com

Thursday, June 25, 2009

Taklimat Khas Mantan Naib Presiden PAS

Alhamdullillah 24hb Jun 2009 telah berlangsungnya Taklimat Khas dari mantan Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang di Dewan MPP Zone 6 yang melibatkan pimpinan PAS kawasan Shah Alam dan cawangan-cawangan di seluruh Shah Alam.Taklimat dan amanat ini adalah bagi menerangkan tentang pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak.Di mana di dalam taklimat ini kita dapat mempelajari bagaimana untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi memerintah sesebuah negeri.Taklimat ini juga bagi membantu PAS Selangor dan khususnya Shah Alam untuk mempertahankan kemenangan di Negeri Selangor dan Shah Alam.Dalam taklimat ini juga menerangkan isu-isu semasa yang melanda Negeri Perak.Semoga dengan adanya informasi ini wakil-wakil cawangan dapat menyampaikan kepada ahli-ahli PAS di cawangan masing-masing InsyaAllah.

Wednesday, June 24, 2009

Monday, June 22, 2009

Tuan Guru Nik Aziz Tarik Balik Kenyataan Terhadap Ustaz.Nasha



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno."Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair."Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan."Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

Petikan Dari :Blog YB Khalid Samad

TIADA KERAJAAN PERPADUAN

Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang, Tingkat 14, Blok Menara Parlimen Malaysia pada 22 Jun 2009.



Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:
1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.
2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.
3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.
Kenyataan ditandatangan DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG DAN LIM KIT SIANG.
Petikan Dari :http://jiwokelate

Sekreteriet Pakatan Rakyat (SEPAKAT)


Alhamdulillah Sekreteriat Pakatan Rakyat (SEPAKAT) adalah satu program gabungan parti PAS dan parti Keadilan Shah Alam bagi membentuk sebuah kemuafakatan dalam Pakatan Rakyat.Program Retreat ini di adakan selama 2 hari 1 malam di Janda Baik Pahang dari 21 hingga 22 Jun yang di hadiri oleh Jawatankuasa PAS Kawasan Shah Alam dan Jawatankuasa Cabang PKR Shah Alam.SEPAKAT ini di pengerusikan oleh YB.Khalid Samad (MP),YB.Rodziah Ismail (Dun Bt.Tiga) dan YB.Yaakob Sapari (Dun Kota Angerik).SEPAKAT di wujudkan adalah untuk persiapan PRU13 yang akan tiba tidak lama lagi bagi mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua-dua parti.Selama 2 hari 1 malam ini semua Jawatankuasa berkongsi pendapat untuk persediaan PRU13 dan saling mengenali di antara Ahli Jawatankuasa.Pada malam 21hb Motivasi di sampaikan oleh YB.Dr.Zulkifli Ahmad (MP)dari PAS dan pada jam 09:00 pg 22hb Motivasi di sampaikan oleh YB.Azmin Ali (MP & Dun).Di harap program seperti ini dapat di jalankan di peringkat kawasan-kawasan yang lain bagi memperkukuhkan Pemerintahan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor.

Operasi Bersepadu MBSA Bersama Imigresen,IPD Shah Alam Dan JAIS


Operasi bersepadu MBSA bersama pihak Imigresen,IPD Shah Alam dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 20hb Jun 2009.Operasi ini di ketuai oleh Tuan Zulkifly Mohd Nani Ahli Majlis MBSA bahagian perlesenan bersama-sama Ahli-Ahli Majlis yang lain.Dalam operasi ini seramai 80 orang anggota dari Penguatkuasa MBSA,Imigresen,JAIS,MPP Zone 6 dan IPD Shah Alam telah ditugaskan.Operasi besar-besaran ini adalah untuk membenteras penjualan arak tanpa lesen,PATI,Kegiatan Pelacuran dan Maksiat di sekitar Padang Jawa,Seksyen 17,18 dan Taman Sri Muda dari jam 08:00 malam hingga jam 02:00 pagi.Alhamdulillah,operasi ini berjalan dengan lancar dan semua tangkapan PATI di tempatkan di lokap sementara Imigresen Shah Alam sebelum di hantar pulang ke Negara masing-masing.Manakala nilai rampasan minuman keras tanpa lesen belum di ketahui dan penangkapan maksiat dibawa ke JAIS Shah Alam.Di harap operasi seperti ini dapat di lakukan dari masa ke semasa bagi membenteras gejala sosial di Bandaraya Shah Alam.InsyaAllah.

Wednesday, June 17, 2009

Tok Guru Nik Aziz minta Ustaz Nasha lepaskan jawatan jika teruskan agenda Kerajaan Perpaduan



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Anggota Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.
“Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.
“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Katanya cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh “boneka Umno” untuk menimbulkan kecelaruan dalam PAS serta pakatan pembangkang.
Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata beliau mengamalkan sikap terbuka dan sedia mendengar serta menimbang apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh PAS.
Sebagai reaksi, Nasharuddin berkata PAS berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.
Nik Abdul Aziz berkata beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS di Kelantan telah menerimanya sebagai calon untuk bertanding di Bachok pada pilihan raya umum 2008.

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan."Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. "Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata: "Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. "(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas."Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno." Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka."Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri."Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.
Petikan Dari:http:\\Malaysiakini.com.my

Monday, June 15, 2009

Nizar Angkat Sumpah Ahli Parlimen Bukit Gantang



Hari pertama mesyuarat kedua penggal ke dua parlimen ke 12 menyaksikan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru menggantikan Allahyarham Hj Roslan. Sdr Nizar memulakan tugas hari ini dengan melaungkan perkataan “Hidup Rakyat” agar ianya bergema menggegar sanubari setiap ahli parlimen. Sudah tentu niat suci beliau dipandang serong, lalu kemudiannya diminta untuk meninggalkan dewan.

Saya menulis sepucuk surat kepada YB Tan Sri Speaker agar Sdr Nizar dan ahli parlimen lainnya dibenarkan hadir pada esok harinya;16 Jun 2009. Malangnya rayuan saya agar YB Speaker mempertimbangkan semula keputusannya diketepikan. Laungan tersebut haruslah dilihat mewakili suara hati rakyat Perak yang mahukan sebuah kerajaan yang sah serta terbukti mendapat mandat dari rakyat.

Pastinya esok media umno bn akan memuatkan berita khusus menyerang watak serta peribadi sdr Nizar. Skrip usang dan wayang lama diputar kembali. Belumpun puas memintal fitnah jahat terhadap saya sosok lain pula akan menjadi mangsa.

Di saat saya mencoret catitan ini terukir sendirian senyuman sinis dibibir saya. Terdetik sebentar, Dato’ Sri Najib tidak pula dituduh sebagai pengkhianat negara apabila melawat Negara China yang diperintah berdasarkan ideologi komunis itu. Walhal negara tersebut merupakan penyokong kuat parti komunis Malaya. Selainkan menyediakan dana, Beijing merupakan destinasi latihan buat pimpinan parti komunis Malaya.

Malahan pendedahan Chin Peng di dalam memoirnya bahawa pihak polis negara terbabit membeli senjata pihak komunis seusainya Perjanjian Haadyai tidak pula disanggah sebagai satu tindakan mengkhianat. Laporan media yang berat sebelah nampaknya sudah menjadi amalan sesegelintir yang mahu terus mengampu umno bn. Haru biru dasar negara kita, diskriminasi bukan sahaja berlaku ketika mengagihkan kekayaan negara, ianya juga ketika menentukan dengan siapa kita harus berdendam.

Petikan Dari :http:\\anwaribrahimblog.com

Friday, June 12, 2009

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT DAN PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN SESI 2009 – 2011

PRESIDEN : YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
TIMBALAN PRESIDEN : YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA
NAIB PRESIDEN (1) : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
NAIB PRESIDEN (2) : YB SALAHUDDIN AYUB
NAIB PRESIDEN (3) : YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
KETUA DEWAN ULAMAK : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIBKETUA DEWAN PEMUDA : USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
KETUA DEWAN MUSLIMAT : USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) : YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFARAHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAKAHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALIAHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLIAHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDINAHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIKAHLI JAWATANKUASA KERJA (9) : MOHAMED HANIPA MAIDIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (10) : YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH AHLI JAWATANKUASA KERJA (11) : YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALIAHLI JAWATANKUASA KERJA (12) : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMANAHLI JAWATANKUASA KERJA (13) : YB DR DZULKEFLY AHMAD
AHLI JAWATANKUASA KERJA (14) : YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWIAHLI JAWATANKUASA KERJA (15) : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (16) : MAZLAN ALIMAN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (17) : YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIBAHLI JAWATANKUASA KERJA (18) : YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – JAWATAN-JAWATAN UTAMA


SETIAUSAHA AGUNG : DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
BENDAHARI PAS PUSAT : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLIKETUA PENERANGAN PAS PUSAT : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMADKETUA PENGARAH PILIHANRAYA : YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (5) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – TAMBAHAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT

AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA
AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : HAJI MOHAMAD SABU
AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) : HJ MOHD ANUAR TAHIR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : HAJI ASMUNI AWI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD
AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : YB WAN UBAIDAH WAN OMAR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : HAJI AHMAD DOLLAH

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 34 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – PESURUHJAYA PAS NEGERI

PESURUHJAYA PAS PERLIS : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
PESURUHJAYA PAS KEDAH : YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN
PESURUHJAYA PAS PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN
PESURUHJAYA PAS KELANTAN : YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT PESURUHJAYA PAS TERENGGANU : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
PESURUHJAYA PAS PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
PESURUHJAYA PAS SELANGOR : DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI
PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN : HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN : HJ ZULKEFLY MOHAMAD
PESURUHJAYA PAS MELAKA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN PESURUHJAYA PAS JOHOR : DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
PESURUHJAYA PAS SABAH : HAJI MUHAMAD ABDULLAH PESURUHJAYA PAS SARAWAK : USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA

Pilihanraya Kecil N.41 Dun Manek Urai




Saturday, June 6, 2009

Jangan Lupa Tonton!! YB.Khalid Samad Live TV9



Ustaz Nasaruddin Kekal Jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat

Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Muktamar PAS ke-55, Dato' Mustafa Ali mengumumkan, Ustaz Nasharudin Mat Isa menang jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu.Sementara, bagi jawatan Naib Presiden, Salahudin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar menewaskan dua lagi pencabar, Mujahid Yusof Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.
Di bawah ialah keputusan penuh pemilihan PAS sesi 2009/2011:
Presiden
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, (480)
Naib Presiden
1)Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)

2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Mahfuz Omar, (636)
Ahli Jawatankuasa Kerja
1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)

2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488).

Petikan Dari://Harakahdaily.net.

Tuan Guru Nik Aziz Solat Jumaat Di Masjid Al-Amin


Seksyen 17 Hari Jumaat menerima kunjungan Musrydul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz apabila beliau hadir ke Masjid Al-Amin untuk solat Jumaat berjemaah dan menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Al-Amin.Kehadiran Tuan Guru pada hari tersebut memberi kejutan kepada para penduduk seksyen 17,khususnya yang bersolat Jumaat di Masjid Al-Amin,walaupun belaku masalah teknikal di Masjid Al-Amin,mungkin kerana keuzuran P.A. System yang menyebabkan bekalan elektrik terputus buat seketika.Ini memalukan lagi bagi pihak pengurusan Masjid Al-Amin kerana,YDP Shah Alam Tuan Hj.Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam juga solat berjemaah di situ.Walau bagaimana pun syukur Alhamdulillah kerana dengan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz di Masjid Al-Amin ini memberikan satu kekuatan kepada PAS Caw.Seksyen 17, Tuan Guru Nik Aziz juga sempat bertemu dan makan tengahari bersama dengan Kelab Penyokong PAS Shah Alam yang di adakan di Dewan MPP Zone 6 yang di kendalikan oleh Sdr.Zulnani Ahli Majlis MBSA di bawah Lujnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Shah Alam.Dalam jamuan makan tengahari itu juga di hadiri oleh Bekas Imam Besar Masjidil Aqsa dan saf pimpinan Hammas serta para pemerhati dari Negara Bangladesh dan Sri Lanka, sempena berlangsungnya Muktamar PAS Ke-55 di Stadium Melawati Shah Alam.

Friday, June 5, 2009

Perasmian Muktamar PAS Ke-55


Add ImageAlhamdulillah..Perasmian Muktamar PAS Ke-55 berjalan dengan lancar di Stadium Melawati Shah Alam yang di rasmikan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Hj.Hadi Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS).Lebih 1,000 perwakilan yang hadir untuk Muktamar PAS kali Ke-55 ini di Stadium Melawati Shah Alam dimana buat julung kalinya Selangor menjadi tuan rumah Muktamar kali Ke-55 ini.