Thursday, October 29, 2009

Keberkatan Pimpinan Dua Tok Guru Masih Ada




SELEPAS JAM 1:30 malam tadi para pencinta Pas sudah dapat tidur lena kerana mesyuarat khas parti itu yang dijangka hangat dan menerbitkan sesuatu yang gerun dihadapi, berakhir dengan satu konsensus yang jilah di kalangan ahli mesyuarat. Seperti mana dilaporkan dalam blog dan akhbar-akhbar hari ini mesyuarat itu telah mengambil tiga ketetapan besar.


Pertama, menamatkan dengan rasmi isu Unity Government, kedua, menyiasat Dr Hasa Ali mengenai tuduh ke atasnya kononnya beliau masih mahu meneruskan kerjasama dengan Umno dan ketiga seminar politik akan diadakan pada 7 November sebagai mengganti EGM yang dicadangkan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dengan adanya konsensus itu yang dibahas panjang lebar di mana mengambil masa empat jam setengah, ahli dan penyokong Pas boleh menarik nafas lega. Jelas bahawa Pas sebuah parti yang mementingkan semangat kerjasama dan pertautan ukhwan di kalangan mereka sungguh kemas dan erat.

Ternyata apa yang dicapai semalam mengecewakan pihak musuh Pas terutamanya UBN yang memang mahu melihat Pas berpecah menjadi dua pasukan. Hanya dengan kejadian itu saja UBN akan merasa bersemangat dan yakin untuk memulihkan kedudukan mereka menjelang pilihan raya akan datang. Bagi UBN kalau Pas berpadu bermakna jalan menuju masa depan gelap!

Lantaran itu semua orang Pas perlu bersyukur dan mengadakan sujud syukur dengan perkembangan baru itu. Sesiapa pun tidak mahu dua orang tok guru, (Nik Aziz dan Abdul Hadi) membelah al-Quran di dalam Pas. Mereka sendiri tahu betapa buruknya kalau membelah al-Quran di dalam sebuah jemaah. Dalam jemaah harus ada satu Quran yang qadim sahaja dan ia tidak boleh dibelahduakan oleh sesiapa jua.

Saya sendiri secara peribadi tertarik dengan apa yang berlaku di sekitar Pas khasnya mengenai kemelut yang timbul sehari dua ini. Ternyata isu yang kelihatan rumit itu dapat diselesai dengan baik dan tuntas. Nik Aziz dan Abdul Hadi tidak mudah termakan dengan hasutan syaitan. Ini menandakan Pas masih dibimbangi oleh Allah s.w.t. sepenuhnya dalam menyelesaikan apa juga isu yang timbul di sekelilingnya. Kejayaan itu juga menjelaskan Pas berjaya mengurus diri sendiri dan membuktikan bahawa semua pemimpin Pas seiya sekata. Di sini juga terserlahnya keberkatan pimpinan ulama.

Makanya Pas tidak perlu kepada pakar-pakar atau ahli motivasi daripada luar untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Mungkin dalam mesyuarat khas yang panjang lebar itu juga timbul beberapa idea baru ataupun formula bagi Pas mengukuhkan lagi jemaah itu dan merapatkan saf mereka. Barangkali di sinilah hikmahnya mesyuarat khas yang diadakan atas cetusan idea Nik Aziz itu. Tanpa mesyuarat khas semalam mungkin cetusan idea dan semangat baru Pas tidak akan berlaku. Telahan sesetengah pihak kemelut yang timbul itu akan memadukan Pas nampaknya menjadi realiti.

Eloklah kalau bermula malam tadi Pas menghentikan politiking sesama sendiri dengan memperkuatkan iltzim untuk menumbangkan UBN. Bukankah itu hanjat Pas sejak ia mula ditubuhkan 1951 sehingga hari ini? Hajat Pas bukan untuk kuat diawal dan berpecah di akhir?

Untuk itu saya rasa elok kalau semua jenis manusia dalam Pas bersikap tawakus, bersangka baik antara satu sama lain. Mulai saat ini Pas hendaklah membuangkan tanggapan-tangapan negatif yang ada dalam kepala masing-masing. Ahli, penyokong dan pemimpin janganlah termakan dengan gelaran-gelaran yang dilabelkan oleh mereka oleh mana-mana pihak.

Besar harapan seminar politik yang akan diadakan pada 7 November nanti akan menghuraikan lagi mengenai mustahaknya Pas berpadu dan menghindarkan fikiran negatif. Dalam konteks ini tragedi yang berlaku semasa muktamar lepas hendaklah dilupuskan sama sekali. Lupakan peristiwa yang tercetus di sepanjang menjelang moktamar itu. Kesemua pemimpin Pas harus mandi sunat membersihkan diri dan muncullah ke tengah masyarakat sebagai bayi yang baru lahir.

Sallahuddin Ayub yang diberi tanggungjawab menjayakan seminar berkenaan diharap dapat memainkan peranan untuk menterjemahkan hasil seminar itu dalam jemaah Pas. Kepercayaan ahli mesyuarat kepada Sallahuddin seharusnya diterima dengan penuh insaf dan di sini menyerlahkan akan wibawa Naib Presiden itu sebagai pemimpin masa depan. Sudah tentulah pemilihan Sallehuddin ini merupakan satu kredit untuknya.

InsyaAllah kalau ini dapat digapai, Pas akan menjadi bertambah kuat, dihormati dan tidak mustahil maksud atau tagline Pas yang berbunyi Pas Memimpin Ummah akan menjadi kenyataan. [wm.kl. 10:15 am 29/10/09]

PAS adakan seminar ganti muktamar khas




KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Image Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

Monday, October 26, 2009

Bagaimana PAS patut hadapi era pemulihan Umno?




Umno mahu memperbaiki dirinya. Ucapan Najib Abdul Razak dalam perhimpunan agung parti itu menunjukkan azam untuk berubah. Dinyatakan bahawa kesedaran sudah melanda Umno dan mereka akan berubah, demi untuk meraih kembali undi yang terlepas dan memantapkan kembali kuasanya.

Tetapi masalahnya, menurut penyokong Umno sendiri, apakah azam pemimpin parti itu akan sampai dan merebak ke bawah? Lebih-lebih lagi di peringkat pertengahan seperti ketua-ketua bahagian yang mendapat habuan daripada sistem politik wang dan korupsi. Harapan yang dilahirkan ialah akar umbi Umno akan menyokong kepimpinan untuk membersihkan parti, tetapi masalahnya ialah di peringkat pemimpin pertengahan. Namun begitu, pemimpin tinggi pun bukannya bebas daripada masalah.

Namun begitu, Umno telah memperlihatkan usaha untuk berubah, sama ada ia berjaya atau tidak adalah soal lain. Apa yang penting bagi langkah permulaan ialah membangun semangat. Itulah yang berjaya dilakukan Umno apabila menang besar di Bagan Pinang baru-baru ini. Ini diikuti perhimpunan agung Umno, yang dilihat penerus kepada semangat yang dibina itu.

Untuk berjaya, proses yang dilakukan Umno ini perlu dikembangkan kepada parti-parti komponen BN yang lain khususnya MCA dan MIC. Maka keadaan itulah yang berlaku dalam usaha bersungguh-sungguh kepimpinan Umno supaya MCA menjadi stabil dan MIC mendapat penyegaran semula. Jika tidak berupaya, maka akan dicari jalan lain, antaranya ialah penubuhan Parti Makkal Sakthi.

Tetapi apa yang berlaku pada BN ini merupakan cabaran kepada Pakatan Rakyat. Usaha penubuhan Makkal Sakthi adalah sebahagian proses memecahkan sokongan padu kaum India dalam pilihan raya umum 2008 kepada Pakatan Rakyat.

Hakikatnya gerakan Makkal Sakti berpecah tiga. Satu masih menyokong Pakatan Rakyat. Yang satu lagi beralih kepada BN. Dan yang satu mengambil pendirian berkecuali. Apa hal pun, ia bermakna Makkal Sakthi telah berpecah, yang membawa erti sokongan kepada Pakatan Rakyat berkurangan.

Tetapi cabaran bagi Pakatan Rakyat bukan itu saja. Perkara pertama ialah kepimpinan utama iaitu Anwar Ibrahim sendiri. Beliau mempunyai banyak masalah yang membebankan juga kepada Pakatan Rakyat. Usaha mesti dilakukan untuk mengukuhkan sosoknya, dan apa hal pun, pemimpin pelapis mesti disediakan. Setakat ini, ia perkara sukar untuk ditentukan tetapi ia perlu dilakukan dan disediakan juga.

Kedua, platform bersama parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Walaupun politik baru yang dibawa Pakatan Rakyat adalah berbeza tetapi satu fahaman berkongsi sama antara PAS, DAP dan KeADILan. Soal PAS dan DAP berada di penghujung spektrum politik mesti diselesaikan. Ini kerana DAP, dari segi idealisme bukannya parti cauvinis Cina. DAP sebuah parti sosialisme demokrasi yang sederhana.

Begitu juga dengan PAS. Ia bukannya parti ekstremis fundamentalis Islam. Ia parti Islam demokrat yang juga sederhana. Kalau tidak sederhana masakan ia masuk pilihan raya dan boleh bekerjasama dengan Parti Semangat 46 masa dahulu dan Parti Keadilan Nasional kemudiannya.

Dalam hal ini, PAS tentunya tidak boleh menentukan apa yang patut berlaku terhadap KeADILan dan DAP. Apa yang boleh dilakukan hanyalah terhadap dirinya saja. Kalau Umno memulakan proses pemulihannya dengan memantapkan pimpinan melalui pengunduran Abdullah Ahmad Badawi dan digantikan Najib, maka PAS mungkin berbeza pendekatannya, tetapi ia harus berjalan.

Maknanya, dari sekarang sudah dipertimbangkan siapa yang akan memimpin Pakatan Rakyat dan setiap parti komponen. Sememangnya diharapkan Anwar terus memimpin Pakatan dengan KeADILan menyediakan kepimpinan pelapis kerana kedudukannya yang lebih luas berbanding PAS dan DAP. Namun begitu, sebarang kegagalan kepimpinan, langkah wajar dibuat untuk bersedia sebagai ganti.

Di pihak PAS, parti ini kena bersedia mengukuhkan diri. Pilihan raya kecil Bagan Pinang wajar menjadi pengajaran kerana ia menunjukkan kelemahannya dan Pakatan Rakyat sendiri. Baik dari segi fahaman, kepimpinan mahupun jentera. Kalau pilihan raya umum 2008 menjadi pemangkin kepada perubahan dalam Umno, maka begitu juga Bagan Pinang bagi PAS.

PAS mesti menyediakan diri untuk memimpin Pakatan rakyat dan tidak boleh mengharapkan KeADILan. Ia mesti menjadi parti pengganti kepada Umno dalam kepimpinan negara.

Dari segi kepimpinan pula, semua masalah yang dihadapi parti mesti ditangani segera dan berhemah oleh pucuk pimpinan. Akhirnya apa yang turut penting ialah kemantapan jentera parti. Daripada kawasan, cawangan, pemimpin, aktivis dan ahli serta penyokong di sekitarnya.


Perkembangan parti mesti dipesatkan supaya kedudukan cawangan PAS di seluruh negara akan menjadi selari dan mampu mencabar pesaingnya dari Umno. Hanya dengan kehadiran yang menyeluruh ini, barulah PAS dapat menggantikan Umno sebagai ketua gabungan parti Pakatan Rakyat.

Dalam hal ini, aliran parti juga mesti diperhatikan. Dalam usaha membangunkan semula parti, Umno telah kembali menjadi parti tengah untuk semua rakyat walaupun ia bertunjangkan Melayu sebagai idealisme. Maka dalam hal ini, PAS mesti muncul juga sebagai parti tengah tetapi bertunjangkan Islam sebagai idealisme.


Ini kerana akhirnya sebagai parti tengah, di mana Umno dan PAS tidak mempunyai banyak perbezaan dari segi memberi khidmat kepada rakyat. Tetapi rakyat dapat memilih mana parti yang lebih berkesan. Sama ada Umno yang tengah kanan atau PAS yang tengah kiri. Persaingan ini akan membolehkan sistem dua parti, yang akhirnya mendatangkan keuntungan kepada rakyat dan negara.

"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS) ?




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha PenyayaImageng. PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.


Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

Terima kasih Prof Aziz Bari atas kritikan anda




Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ('Pengajaran dari Bagan Pinang'). Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.


Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang.

Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS.

Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau.

Image Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide (niat jahat). Tulisan tersebut, bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang.

Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah, Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.

Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa "Hasan (Hasan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka" agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno.

Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.

Adakah persepsi lahir begitu sahaja? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS ? melalui tindak tanduk, kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari 'siege mentality' (mentaliti terkongkong). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik (good listener) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati.

--------------------

(Penulis adalah AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS)_

Sunday, October 25, 2009

PAS akan rebah jika EGM tidak dilaksanakan..




Kenapa kita nak PAS buat sangat EGM ni...kita panggil muktamar khas ni..pokok utamanya adalah ntuk membuang anasir umNo dalam parti islam semalaysia nih.

umum tahu,umNo semakin ditolak rakyat,(kecuali rakyat bagan pinang yang sokong rasuah),yang kita duk gila meroyan nak nersatu dan berpadu dengan umNo awat??

kenapa rakyat bukan islam yang terdiri dari india dan cina sokong PAS pada pilihan raya ke-12 taun lalu(masa tu pakatan rakyat masih belum dibentuk).adakah mereka menerima dasar PAS??nehi kabi nehi gua fikir,sebabnya cuma satu kerana mereka membenci umNo..mereka mahu menghukum umNo atas kezaliman yang dilakukannya..juga kerna kelemahan pentadbiran al pak la badawii...

jadi adalah amat tidak mustahil jika PAS akan rebah tanpa sokongan masyarakat bukan islam di malaysia...walaupun tidak rebah sepenuhnya...dan juga pAS tidak mustail unutk rebah sepenuhnya jika bersama umNo.

PAS adalah parti islam,dan islam amat itdka menyukai jika umatnya melakukan pengkhianatan terhadap sesiapa pun,lebh lebih lagi PAS mmegang title "islam"..bukankah nama baik "islam" di Malaysia akan tercemar jika parti ISLAM semalaysia melakukan pengkhianatan terhadap penyokong non muslimnya.

tidak mustahil,ahli kelab penyoKong PAS yang hari ini berjumpal 30 000 orang akan hilang kepada 30 orang jiak PAS bersama umN0 dan jika PAS terus dipimpin oleh pemimpin yang kurang peka serta tidak tau berterima kasih..

EGM harus dilaksanakan untuk membuang pemimpin yang lemah,anasir2 umNo harus dibersihkan serta PAS harus ada pendirian yang tegas dalam soal UG.PAS selangor yang awal awal dah menolak EGM PAS ini boleh dipersoalkan.

PS-dan jika EGM tidak mahu dilaksanakan,4 pemimpin PAS perlu meletak jawatan bagi mengelakkan PAS renah dan tersungkut di kaki umNo...

Sunday, October 11, 2009

Calon Perasuah Menang Di Bagan Pinang




Seperti yang saya jangkakan PAS agak sukar untuk menang di Bagan Pinang. Berikut adalah faktor ketewasan calon PAS di Bagan Pinang: Ini merupakan faktor dominan iaitu :-


1. Calon Pas bukan perasuah seperti calon Umno

2. SPR senget sebelah kepada Umno@BN- Bakal menjadi komponen BN?

3. Undi Pos???? Malas nak cerita... askar pencen berbelas tahun masih jadi pengundi Pos?

Faktor lain yang perlu diberi perhatian :

1. Calon Pas bukan anak tempatan

2. Strategi gerak saraf Pas perlu diberi perhatian.

3. Petugas PAS yang datang dari seluruh negara kurang efisen - Hanya meramaikan majlis ceramah, memenuhi gerai jualan dan beriadah di pantai Port Dicksons

4. Kesesakan di hadapan markas Besar Pas akibat pembinaan gerai jualan dan kenderaan yang diletakkan sesuka hati menimbulkan kemarahan kepada penduduk / pengundi tempatan.

5. Isu pembinaan kuil di Selangor yang dibangkitkan kepada pengundi India di Bagan Pinang.

6. Isu 'perbalahan' Pakatan Rakyat di Kedah dan Selangor yang didedahkan oleh media????

Walau bagaimanapun bagi semua pimpinan dan petugas yang ikhlas kita tidak pernah tewas dan tidak kalah cuma tidak menang. Allah SWT tidak melihat hasil atau kemenangan sebagai balasan ganjaran dari-Nya. Tingatkan usaha dan keikhlasan ...Kita berjuang bukan kerana sanjungan dan pujian manusia kita berjuang kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT. Teruskan perjuangan....

Petikan Dari:Detikdaily..

Monday, October 5, 2009

Penamaan Calon Bagan Pinang

Syabas Hassan Ali!!




Syabas! Hassan Ali Mengimamkan Majlis Tahlil UMNO – Tazkirah Pula Mendedahkan Dr Xavier Exco Paling Kuat Menentangnya Dalam Isu Arak Di Sgor
Bertempat di salah sebuah rumah orang kuat UMNO di dalam Parlimen Kota Raja, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga merupakan EXCO Kerajaan Selangor, Yb Dato Dr Hassan Ali telah sudi MENGIMAMKAN majlis tahlil dan solat isya berjemaah.
Ianya merupakan suatu majlis tertutup oleh sebuah famili UMNO yang hanya mengundang saudara mara terdekat bersama dengan jiran tetangga dan Ajk masjid berhampiran.



Apakah ini akan menjadi bunga bunga tanda awal Dr Hassan Ali bakal meninggalkan Pakatan Rakyat yang semakin panas dengan tindakan ADUN Gombak Setia itu mengkritik kerajaan pimpinan Khalid LEMBU..? Beberapa bulan yang lalu isu Arak dan kini isu SELCAT.

Selesai mengimamkan solat isya, Hassan Ali telah memberikan tazkirahnya yang mengingatkan betapa penting mempraktikkan amalan kehidupan Islam yang sebenarnya dalam sesebuah keluarga.

Ketika menyampaikan tazkirahnya itu, beliau berkesempatan untuk “meluahkan” rasa kecewanya apabila mendapati ada ramai rakan rakan Ahli Mesyuarat Negeri dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor tidak menyokongnya untuk membawa mekanisme pengawalan jualan arak yang menjadi punca masalah sosial dikalangan remaja islam…!

“ Yang paling kuat menentang saya ialah wakil rakyat dari kawasan sinilah…! Yb kawasan saudara semua...” jelas Dr Hassan Ali disambut dengan ketawa sinis hadirin malam tadi.

Petikan Dari: medan-info-kita

Di Mana Kuasa Exco Kerajaan Negeri Selangor

Di Mane agaknya yang tertulis Exco HAL EHWAL ISLAM, ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM Bertanggungjawab dalam isu MAIS & JAIS....





Petikan Dari: http://bulantrang.blogspot.com

Publisiti Murahan




Semalam bagi yang sempat menonton berita di TV, kelihatan ahli MT Umno Azeez Abdul Rahim sihat dan “relax” sahaja setelah dikatakan kononnya “ditumbuk” oleh penyokong PAS. Beliau dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Ismail Sabri dikatakan telah dikerumuni penyokong PAS dan kemudian dakwa mereka Azeez ditumbuk berkali-kali oleh penyokong PAS itu


Azeez ini tubuh badannya bukan macam Nik Aziz (kebetulan nama hampir sama), siapa yang tak kenal beliau. Tegap, sasa dan berisi. Kalau setakat ditunjal dan ditolak, belum tentu boleh ditundukkan.

Saya membawa kisah ini kerana terperanjat apabila melihat laporan terkini NST online (siapdengan gambar seperti di atas) yang memetik BERNAMA menyatakan bahawa Azeez dikejarkan ke hospital apabila kononnya tiba-tiba terasa mahu pitam berpuluh jam setelah kejadian. NST melaporkan Azeez sebagai berkata:

"After the Maghrib prayer, I felt like fainting, I threw up and passed out. I was in pain and my blood pressure shot up to 65/95. It was never that high before," he told reporters at the hospital today.

Anehnya xray yang dilakukan di hospital sebagaimana dilaporkan tidak menunjukkan sebarang kecederaan ke atas leher Azeez.

Bagi saya secara peribadi jika benar dan terbukti mana-mana penyokong PAS bertindak menumbuk dan mencederakan Azeez sebagaimana di dakwa, maka mereka itu perlu bertanggungjawab di atas tindakan mereka.(Malangnya tiada penyokong Umno yang bertanggungjawab di atas kematian Allahyarham Othman Talib di Lubuk Merbau puluhan tahun lalu dalam satu PRK antara PAS dan Umno. Othman telah dibelasah oleh penyokong Umno kerana mempertahankan poster PAS sehingga akhirnya meninggal dunia di hospital)

Biarlah mahkamah yang menentukan nanti jika ada kes.

Cuma sehubungan dengan ini, saya rasa elok juga jika kita maklum bahawa salah seorang pemimpin MT Umno yang dikatakan terlibat dalam penipuan ijazah , kononnya memiliki MBA sedangkan SPM pun tak lulus rasanya Azeez kenal siapa.

perh,ada benarnya gak , manakan dipukul oleh sembilan orng,takde tanda lebam pun,yang ditunjukkan kat leher tu apa ntah..

ni sajer kes nak cari publisiti murahan,tengok,kan dah masuk berita,masuk akhbar serta masyukkkkkk....bangga la anak istri,anaknya kata,
"yei..yei..bapak aku masuk tv"
bininya kata,
"tu yang dalam tv semalam tu laki aku la tu"

kah..kah..kah..(dialog itu hanya rekaan semata mata,jangan ambil hati ya)

Hidup!!Hidup!!Hidup Rakyat!!
Hancur!!Hancur!!Hancur UMNO!!

Saturday, October 3, 2009

Penamaan Calon N31 Bagan Pinang

Bagan Pinang: Zulkifli Mohd Omar vs ISA




Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil, Abdul Wahab Shamsuddin selepas tempoh bantahan ditutup pada pukul 11 pagi tadi..

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima dua borang setelah masa penyerahan borang pencalonan tamat pada pukul 10 pagi tadi.

Pada pilihan raya kecil tersebut, BN diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua Umno bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad, manakala PAS diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkefly Mohd Omar.

Abdul Wahab berkata Mohd Isa menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.05 pagi manakala Zulkefly berbuat demikian seminit kemudian.

Katanya lagi sehingga tempoh bantahan ditutup, SPR menerima dua bantahan yang dikemukan terhadap pencalonan-pencaloan tersebut.

“Saya telah menerima sebanyak dua bantahan dikemukaan terhadap pencalonan-pencalonan tersebut… namun setelah masa bantahan ditutup, tiada calon yang ditolak kertas penamaannya,” katanya.

Dalam pada itu bercakap kepada media selepas pengumuman nama calon dibuat, calon PAS, Zulkefly Moh Omar berkata beliau melahirkan keyakinan untuk menang pada pilihan raya kecil di DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada 11 Oktober ini.

“Semua pilihan raya ada pertandingan, kita ada peluang…kita yakin ada peluang untuk menang,” katanya.

Friday, October 2, 2009

Agenda rampas Selangor dirancang JPM?




PASIR MAS: Siapa sahaja yang sanggup mengkritik kerajaan Selangor akan diberi ruang luas dalam media, tidak kira sama ada pemimpin pembangkang atau Pakatan Rakyat sendiri.Matlamatnya adalah untuk memastikan negeri yang terkaya di Malaysia itu terlepas daripada genggaman Pakatan Rakyat.


Agenda itu bukan sekadar diketuai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo, sebaliknya difahamkan dirancang khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

Pengarah Pilihan Raya KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa JPM telah merancang pelbagai cara dan kaedah untuk merampas kembali Selangor dengan bantuan beberapa agensi kerajaan.

Antara agensi berkenaan, kata beliau, adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis.

"Ada minit-minit mesyuarat di kalangan jabatan tersebut di JPM telah sampai ke tangan kita.

"Malah perkara itu sudah didedahkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, di hadapan Perdana Menteri dan timbalannya," katanya pada ceramah Madrasah Nusurullah, Pohon Buluh dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Ustaz Ismail Noh, Adun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Kamal Ashaari.

Saifuddin berkata, antara agensi milik kerajaan yang paling cekap bagi mencapai matlamat JPM merampas Selangor ialah SPRM.

Kata beliau, SPRM paling cepat bertindak terhadap sebarang aduan berkaitan pemimpin kerajaan Selangor, biar pun membabitkan perkara yang remeh-temeh.

Isu berkaitan Selangor dilihat dilaporkan setiap hari dalam media massa. Terbaru tindakan sekumpulan penternak lembu dari Hulu Yam membawa ternakan di hadapan bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam.

Sebelum ini sekumpulan pemimpin Umno mengarakkan kepala lembu yang masih berdarah di tempat yang sama.

Manakala pandangan secara terbuka Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali seringkali diperbesarkan dalam media apabila boleh dimanipulasi demi kepentingan politik BN.

"Semua itu dibuat dengan harapan bagi melemahkan kerajaan Selangor yang kini diterajui Pakatan Rakyat," kata Saifuddin.

Sementara itu, Kamal berkata, kerajaan Barisan Nasional yang menguasai Selangor sebelum ini telah menutup lapan masjid di negeri terbabit.

Katanya, rekod seperti itu tidak pernah dilakukan di negeri lain kecuali di Selangor ketika diperintah BN.

Majlis ceramah tersebut diadakan bagi memunggut derma bagi melengkapkan prasarana di Madrasah Nassrullah yang menempatkan warga emas dan pelajar hafiz.

Sebarang derma dan sumbangan boleh menghubungi Setiausaha PAS Pasir Mas, Ustaz Suhami Daud di talian 013 942 4671.