Tuesday, April 30, 2013

Isu dakwat kekal hilang dan mencatat nama pengundi awal selepas mengundi




Pada hari ini, pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera dan saya telah menerima aduan berkaitan 2 isu: 1. Isu dakwat kekal hilang Menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun. Oleh itu, petugas parti khususnya paca yang bertugas jika mendapati kejadian ini berlaku di tempat tuan/puan, sila buat laporan polis segera. Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis. Laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing. 2. Isu mencatat nama pengundi awal selepas mengundi Saya juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi. Sila ambil perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei nanti. Oleh itu, amalan menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi. Peguam kami di Sabah telah membuat bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai nama itu telah dikoyakkan. Masalahnya, kami difahamkan bahawa amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh negara. Justeru, saya memohon agar para petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera. Jika SPR enggan maka suatu laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah dibuat. Sila berhubung dengan peguam di parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut.

Sekian
Dr Zulqarnain Lukman
Pengarah Perundangan
Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat

Tumbangkah Pakatan Rakyat Selangor PRU 13 ini?





Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika turun berkempen di negeri Selangor yakin Barisan Nasional dapat rampas semula pada PRU 13 5 Mei ini. Hujjah perdana menteri tidak lain dan tidak bukan ialah ketidakpuasan rakyat Selangor terhadap kerajaan Pakatan rakyat yang memerintah selama lima tahun itu. Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim orang yang dikatakan tidak layak jadi perdana menteri Malaysia selepas PRU 13 ini yakin menang dan dapat lawan Putrajaya. Hujjah Penasihat pakatan rakyat tidak lain dan tidak bukan ialah kerana sudah muak dengan kerajaan BN yang banyak melakukan penyeleweangan dan salahgunakuasa, termasuk rakus dengan rasuah selama lima puluh tahun lebih itu. Namun begitu, penulis fokuskan tulisan ini sepertimana judul diatas iaitu cuba buat analisis pasal kerusi milik BN di Selangor yang kemungkinan besar tidak selamat pada PRU 13 ini. Sekarang ini 9 kerusi DUN yang dimiliki BN tidak selamat kerana majoritinya dibawah angka satu ribu, manakala parti keadilan rakyat hanya satu kerusi sahaja, itu N 10, DUN Bukit Melawati milik Muthiah Maria Pillay yang majoritinya 608 undi. Satu kerusi milik DAP turut tidak selamat iaitu N 4 Dun Sekincahan miliki Ng Suee Lim yang majoritinya hanya 190 undi sahaja. Lapan Kerusi dun yang dimiliki PAS boleh dikatakan hampir semuanya selamat, Cuma kerusi DUN N. 45 Selat Klang miliki Dr Halimah Ali kerana majoritinya 1,459 undi berbanding dengan lain lain majoriti lebih dua ribu keatas. Mari sama sama kita lihat 9 kerusi milik BN dari 20 kerusi yang dikatakan sangat tidak selamat bagi membalas hujah Najib yang yakin Selangor dapat dirampas dan diperintah semula BN pada PRU 13 5 Mei ini. Lihat N 1, Sungai Air Tawar, kerusi miliki Raja Ideris@ Raja Idris Raja Ahmad yang majoritinya 123 undi sahaja. N2, Sabak,kerusi milik Dr Warno Dogol yang majoritinya 117 undi. N6 Kuala Kubu Bahru kerusi milik Koon Mun yang majoritinya 448 undi. N9, Permatang, kerusi milik Sulaiman Abdul Razak yang marojitinya 608. N13 Kuang kerusi milik Abdul Shukur Idrus yang majoritinya 517 undi. N15, Taman Templer kerusi milik Datuk Sei Subahan Kamal yang majoritinya 613 undi. N38 Paya Jaras kerusi milik Datuk Muhamad Bushro Mat Johor yang majoritinya 642 undi. N29 Seri Serdang kerusi milik Datuk Dr. Mohamad Satim Diman yang majoritinya 45 undi sahaja. N53 Morib kerusi milik Hasiman Sidom yang majoritinya 286 undi. Bagaimana pun tumbangkan kerajaan BN Selangor pada PRU 12 dahulu atas sebab ketidakpuasan rakyat Selangor atas sebab kerakusan seorang menteri besar. Atas sebab itu, Najib telah mencanangkan bahawa menteri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah seorang penipu. Oleh itu, orang Selangor hari ini, cukuplah sekali di tipu, agar jangan sampai kena tipu lagi pada PRU 13 ini. Siapakah yang menipu dan siapakah pula yang kena tipu. Pada penulis rakyat jelata Malaysia ini sudah 50 lebih kena tipu BN. Oleh itu, jangan sekali kali ditipu dan tertipu lagi pada PRU 13 5 mei ini.

Petikan : TranungKite Online.........

Abdul Khalid : Esok, Saya Tunggu Najib Di Pelabuhan Klang





SHAH ALAM 30APRIL : Saya akan tunggu Perdana Menteri dan calon Menteri Besarnya di satu restoran di Pelabuhan Klang esok jam 10.30 pagi untuk berdebat dengan mereka. Itu respons daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap cabaran daripada Datuk Seri Najib Razak. Najib telah mencabar Abdul Khalid untuk membentangkan laporan pencapaian lima tahun pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor. “Saya dengan hati terbuka menerima cabaran itu dan telah menyatakan kesediaan saya untuk mengadakan perbahasan dengan beliau. “Walau bagaimanapun sehingga ke saat ini saya tidak menerima sebarang reaksi daripada Perdana Menteri,” kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan media di sini hari ini. Abdul Khalid berkata beliau serta rakyat Selangor akan menunggu Najib esok, di Perkarangan Restoran Iskandar di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang. Abdul Khalid, yang juga calon kerusi DUN Pelabuhan Klang, mahu Najib membawa calon Menteri Besar Selangornya bagi orang ramai mengenali siapa yang akan menerajui pentadbiran negeri sekiranya Umno-BN berjaya tawan Selangor.

Petikan : TranungKite Online........

Monday, April 29, 2013

Tukar kerajaan, rakyat tak rugi

Jangan takutlah, kerana kerajaan bertukar rakyat tidak rugi apa apa pun. Yang rugi, ialah para menteri dan para timbalan menteri. Yang paling rugi dan merugikan ialah perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Sebab itu mereka takut yang amat sangat apabila rakyat nak tukar kerajaan sekarang dengan kerajaan baru. Bukan setkat itu shaja malahan mereka sangat takut dan menjadi trauma apabila dengar kata kata ubah sekali. Rakyat tidak perlu takut, kerana kerajaan baru, walaupun perdana menteri dan timbalan perdana menteri orang tidak ada pengalaman kononya boleh memerintah sama macam mereka juga. Yang melaksanakan tugas pentadbiran kerajaan baru bukan perdana menteri, dan bukan timbalan perdna menteri atau bukan menteri menteri yang baru dilantik. Oleh itu, jangan sekali kali takut dengan dakyah yang mengatakan Negara akan hancur jika Malaysia berperdanakan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Atau Malaysia berperdana menterikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana yang akan menjalankan tugas adalah penjawat awam yang ada pengalaman puluhan tahun sebagai pentadbir. Jadi janganlah takut untuk ubah kerajaan yang ada, kerana kerajaan yang ada telah diterajui oleh mereka yang tidak amanah dan banyak melakukan penyeleweangan dan salahguna kuasa. Disebalik salahgunakuasa mereka jelas dan nyata sah sudah menjadi pengkhianat bangsa melayu, agama Islam dan Negara. Maka ada lebih baik kita tukar dan ubah sekali agar parti pakatan rakyat pula mengambil alih kerajaan setelah 50 tahun lebih parti umno/BN memerintah. Kita rasa dahulu. Jika kerajaan baru tidak boleh cipta rekod yang baik boleh buat keputusan tukar dan ubah lagi. Atau dengan kata lain dapatlah kita buat perbandingan mana lebih baik antara kerajaan baru dengan kerajaan lama. Kalau kerajaan lama lebih baik berbanding dengan kerajaan baru, ubah dan tukar lagi. Rakyat sebagai pengundi tidak rugi apa apa.Yang rugi, perdana menteri dan timbalan perdana, kerana tak dapat kumpul harta. Oleh itu, jangan takut dan ragu ragu nak tukar kerajaan. Undilah parti baru pada Ahad 5 Mei 2013 ini.Kita tengok kewibawaan lima tahun Malaysia kerajaan baru dibawah parti baru. Kalau tidak mampu berbuat melaksanakan apa yang dijanjikan sepertimana yang termaktub dalam manifesto jingga kita tukar dan ubah semula pada PRU 14 nanti. Bukan lama sangat. Lima tahun sahaja pejam pagi pejam malam sampailah waktunya. Petikan : TranungKite Online.........

Thursday, April 25, 2013

PILIHAN BIJAK












APA TUNGGU LAGI !!

5.05.2013 

ANDA PENENTU NYA........

KITA DAPAT MENJIMATKAN KOS SARA 


HIDUP YANG SEMAKIN TINGGI..LEBIH 


DARI 60% YANG SELAMA INI 


MEMBEBANKAN HIDUP KITA...



INI KALILAH UBAH!!!!!!!!!

Pesanan Khas Dari Moderator : Promo PRU 13.........

Tu dia...Pengundi asing tiba di KLIA berselindung sebagai pekerja kilang?

Tu dia...Pengundi asing tiba di KLIA berselindung sebagai pekerja kilang? Tu dia.. dah sampai dah.. siapa boleh jelaskan bangla bangla ni ramai ni datang untuk apa? Apakah berbaju hijau seolah olah uniform kerja kilang ni hanya untuk "mengaburi" mata oarang ramai? Adakah jaminan mereka ni bukan pengundi hantu? Musim mengakut pengundi hantu dah tiba!!! Dari Sabah turun KLIA.. bas2 disediakan.. Lokasi lokasi tu tersorok ke dalam. Ade pengawal jaga kat jln besar arah bas2 tu masuk ke kwsn park. Pastu berderet2 bas masuk dlm, plate sume W. Bila masuk pusing ke kwsn park tu, ade lebey kurg 12 biji bas. Bas persiaran.. Sebelum ni tak ada pun bas2 ni parking kat sana.. Mencurigakan.. kemungkinan ini bas2 yang akan tunggu penumpang pengundi hantu. Mohon sesiapa yang dekat sana tolong check! Lokasi die, tpk psr mlm pekan salak lame, antara pekan yg dkt dgn KLIA .

 Tak Nak BN....#TumbangBN #No2BN PRU 13 nanti ☒ PAS ☒ PKR ☒ DAP

 Jom.. Lihat gambar....






INI SEWA KHAS ... TAK PASTI SAPE YG SEWA N SPONSOR ATAU CHERITY SERVIS DR MSIA AIRLINES...
NORMAL FLT SCEDULE  SEPERTI DIBAWAH...

DEPARTURE  KUL
MH 2604 BKI 0730 
MH 2612 BKI 0825 
MH 2608 BKI 0900 
MH 2610 BKI 0920 
MH 2618 BKI 1145 
MH 2614 BKI 1255 
MH 2616 BKI 1415 
MH 2640 BKI 1530 
MH 2622 BKI 1720 
MH 2662 BKI 1810 
MH 2606 BKI 1900 
MH 2628 BKI 2005 
MH 2626 BKI 2210

TOTAL  13FLT



DEPARTURE BKI
MH 2637 BKI 0830
MH 2603 BKI 0945
MH 2619 BKI 1035
MH 2613 BKI 1220
MH 2605 BKI 1310
MH 2641 BKI 1410
MH 2621 BKI 1510
MH 2611 BKI 1540
MH 2607 BKI 1605
MH 2609 BKI 1940
MH 2617 BKI 2005
MH 2631 BKI 2115
MH 2623 BKI 2300

TOTAL  13FLT

UNTUK PGETAHUAN FLT NI TIKET TIDAK DIJUAL SPERTI FLT BIASE... U ALL BOLEH TENGK KAT ATTCHMNT YANG KAT ATAS TU.


DIA ADA TULIS  CHTR FLT/NO BKGS PERMITTED  . TU MAKNENYE KAPAL NI DI CHARTER/SEWA .

SO SIAPAKAH SPONSOR? MAKLUMAT MASIH DICARI,...



Petikan : King Of Goblok.........




Hot !! Nizar serang Bilik Gerakan BN di Changkat Jering

Satu pendekatan yang bersahaja dari mantan MB Perak Dato Sri Nizar semasa kempen PRU pada kali ini. Dengan selamber beliau menberanikan diri berkempen di dikubu kuat BN dun Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan. Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ. Senario ini boleh menyebabkan Calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya nizar berkempen. Inilah kelebihan serta karisma yang ada pada diri Nizar Jamaludin. Gaya berkempen Dato Sri Nizar memang menarik dan santai. Sebelum ini beliau penah mengemparkan penyokong BN dengan bersahaja serta memberanikan diri duduk di ceramah UMNO sebagai tetamu yang tak di undang. Bravo Nizar... Sumber: FB Wan Mansor Wan Salleh

AJK Surau dipecat serta-merta kerana benar Husam berta'aruf



Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tertekan dengan kemaraan Husam mula menabur fitnah jijik terhadap Naib Presiden PAS itu hingga sanggup mengeluarkan risalah yang terang-terang memfitnah Husam! Terbaru, dia menggunakan spy untuk meneliti setiap pergerakan Husam dan akan menekan mana-mana pegawai yang dilihatnya 'berbuat' baik dengan Hussam termasuk di masjid dan Surau. Pada 20hb baru-baru iniAJK Surau Abdul Rahman Auf dipecat serta-merta kerana benar husam calon P125 Putrajaya bertaa'ruf. Ini suatu yang paling jahat dan bodoh dalam sejarah demokrasi di Malaysia dilakukan oleh UMNO @ BN. Dalam facebook yang calon P125 ada menyebut: Pada 20hb. April, 2013 saya telah menunaikan solat Isyak' di Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11. Selepas selesai tunai solat, saya telah mengambil sedikit masa berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut. Hari ini saya diberitahu bahawa Pengerusi & Bendahari Surau tersebut telah dipanggil mengadap Ketua Pengarah JAWI... di Pejabatnya pagi tadi & seterusnya saya diberitahu bahawa SEMUA AJK Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 telah DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut. Saya mohon pada semua Sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, Penduduk2 Putrajaya & Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya Politik Sempit begini ditamatkan pada 5hb. Mei, 2013.

Petikan : TranungKite Online.......

Data Pengundi Pos Tidak Lengkap




SHAH ALAM 25 APRil : Calon DUN Batu Tiga, Rodziah Ismail (PKR) kesal masih terdapat lagi kepincangan dalam pengurusan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kali ini berkenaan daftar pengundi pos. Ujarnya, daftar terbaru yang diperolehi daripada SPR tidak disertakan maklumat lengkap mengenai para pengundi pos itu. “Saya terima senarai 12 lagi pengundi pos daripada luar negara untuk DUN ini, tetapi tidak lengkap tentang di mana mereka tinggal, bagaimana untuk dihubungi dan sebagainya. “Ini sedikit sebanyak membantutkan usaha calon untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka (pengundi pos), terutamanya tentang fokus dan manifesto yang diketengahkan untuk PRU (Pilihan Raya Umum) kali ini,” jelasnya. Sebelum ini, DUN Batu Tiga mencatatkan seramai 32 orang pengundi pos dan dengan tambahan 12 lagi pengundi yang baru dikemaskini, ia menjadikan jumlah keseluruhan adalah berjumlah 40 orang kesemuanya. Mengulas mengenai senarai daftar pemilih di DUN yang ditandinginya, Rodziah yang juga penyandang penggal lepas berkata setakat ini tiada masalah berhubung hal tersebut. “Setakat ini kawasan saya tidak mempunyai perkara berbangkit, memang terdapat pengundi tidak dikenali tetapi ia adalah dalam jumlah yang kecil dan tidak mencurigakan. “Saya turut berterima kasih kepada kemajuan teknologi dan laman sosial hari ini yang banyak membantu saya untuk lebih mengenali pengundi saya serta mendekatkan mereka dengan saya,” beritahu Exco Wanita ini. Terdapat seramai 45, 005 pengundi berdaftar di DUN Batu Tiga yang bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Rodziah Ismail (PKR), Datuk Ahmad Nawawi M. Zin (BN) dan Mohd Uzi Che Husin (Bebas).

Petikan : TranungKite Online.........

Monday, April 22, 2013

Pakatan Rakyat bakal kuasai Dewan Rakyat, 5 negeri dikuasai pakatan rakyat



"Selepas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkan calun dan parti yang bertanding pilihanraya umum ke-13. Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR) berada kedudukkan yang baik untuk menjadi kerajaan Pakatan Rakyat Malaysia dengan menawan 115 kerusi Parlimen. Barisan Nasional berada dalam kedudukkan 107 kerusi parlimen. Peluang pakatan rakyat mendapat kerusi parlimen 120 kerusi cukup baik dan cukup cerah. Ini berdasarkan peribadi calun dan kawasan tempat calun bertanding. Negeri negeri yang bakal dikuasai oleh pakatan rakyat walaupun dengan majoriti berkurang atau tipis. Negeri tersebut ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan. Terengganu kekal dengan Barisan Nasional dengan kerusi BN/UMNO bertambah. Dari kajiseiidik BN Terengganu mendapat sekurang-kurangnya 23 kerusi DUN. Negeri Sembilan Pakatan Rakyat hampiri berkuasa dan memerintah. Barisan Naional berada dengan 20 kerusi DUN dan Pakatan Rakyat dengan 16 kerusi DUN. Namun kita mengharap rakyat Malaysia membuat pilihan yang bijak bagi menyelamatkan negara Malaysia diromoak oleh pemimpin BN/UMNO buat sekelian kalinya. Dari kajiselidik bersakan polar kedudukkan pengundi, isu semasa, logistik dan kewangan masih dikuasai oleh BN/UMNO. Malah media berada dibawah tangan jahat BN/UMNO yang menjadi senjata terakhir, Johor satu satu negeri yang diluar jangka. Johor adalah satu satunya negeri penyumbang tetap dan besar kepada BN/UMNO. Namun PRU13,Negeri Johor bakal menyumbang 11kerusi parlimen pakatan rakyat. Malah pakatan rakyat bakal menjadi tetamu teramai dalam sejarah kerajaan Johor semenjak merdeka, dijangkan 23 kerusi DUN dan BN/UMNO 33 kerusi DUN. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan) 13 kerusi Parlimen. Pakatan rakyat mendapat 10 kerusi parlimen dan BN 3 kerusi parlimen. Namun kita mengharap Sabah dan Sarawak menyumbang 20 kerusi parlimen. Namun dalam kajian Pakatan Rakyat mendapat dibawah 20 kerusi parlimen.

Petikan : TranungKite Online.........

Empat tahun tiada kerja, pergi Surau, khatam satu Quran- Muhammad Taib



"Assalamualaikum,,.

Tan Sri Muhammad Taib atau lebih mesra dipanggil Mat Tyson, dalam ucapan sulungnya sebagai ahli PAS antara lain berkata, saya empat tahun tiada kerja, pergi surau, berguru dengan seorang AlHafiz, khatam satu Quran. Dalam ayat ayat Quran yang dibaca ada perintah ALLAH kepada Nabi Muhammad saw untuk melaksanakan semua perintah ALLAH. Ada ayat yang menyebut sesiapa yang engkar atau mempermain mainkan perintah ALLAH akan kekal dalam neraka (merujuk kepada golongan munafiq) katanya lagi. Dalam ucapan awalnya ini, Tan Sri Muhammad menegaskan beliau menyertai PAS bukan untuk jadi calon atau mahukan apa apa jawatan walaupun beliau sudah setahun yang lalu bersama PAS. Keputusannya untuk menyerahkan borang keahlian selepas dua hari penamaan calon ialah untuk mengelakkan dituduh untuk menjadi calon atau untuk memegang apa apa jawatan walaupun berdasarkan ucapannya beliau masih layak pegang jawatan demi kemajuan negara yang ada roh. Dr.Mariah menyifatkan kemasukan Mat Tyson menjadi tamparan kepada UMNO/BN tetapi yang lebih penting ialah mesej Mat Tyson kepada semua orang melayu di luar sana. Katanya kalau orang melayu menyertai PAS dan parti parti yang bersama PAS, nescaya negara kita akan menjadi negara yang berjaya dan menjadi negara contoh. Satu kesedaran dari orang yang bersama UMNO sejak umurnya 25 tahun lagi, kesedaran bahawa negara kita memang maju, Selangor memang maju tetapi tiada roh. Apabila seorang bercakap pasal roh, tak kira sejarah dan latarbelakangnya, semua perlu menghormatinya. Mat Tyson menyedari kemestiannya menyokong satu parti yang boleh mengisi roh kemajuan ini dan parti itu tidak lain ialah PAS. Mat Tyson yang patut dicontohi Mahathir yang pernah berkata dia akan memperbanyakkan amal ibadat selepas bersara.Tetapi yang banyak beramal dan khatam Quran ialah Mat Tyson dan yang masuk PAS kerana amalannya ialah Mat Tyson, Mahathir masih lagi seperti dulu tiada perubahan walaupun umurnya jauh lebih tua dari Mat tyson. Semuga istiqamah dalam ugama kepada Mat Tyson dan istiqamah dalam mencapai harapan menjadikan bandar metropoliton sebagai pusat perkembangan Islam agar nanti Islam menjadi carahidup yang diamalkan oleh rakyat Malaysia termasuk orang orang bukan Islam. Mohon maaf kalau panggilan Mat Tyson tidak disenangi oleh Tan Sri Muhammad Taib, maaf kerana sudah terbiasa!"

Petikan : TranungKite Online.......

Sunday, April 21, 2013

Zul Nordin, katak gomok naik kereta UMNO!



Assalamualaikum,,..

Semalam, ada sedikit kekecohan di pusat penamaan calon Shah Alam apabila Sdr ir. Khalid Samad membantah pengarah pilihanraya kerana pengumuman nama beliau sebagai calon PAS tidak didengari kebanyakan penyokongnya. Tindakan Khalid Samad adalah haknya tetapi sikap yang ditunjukkan oleh lawannya Zul Nordin didepan kamera TV amat meloyakan. Zul Nordin seharusnya tidak perlu mempersoalkan tindakan Khalid apatah lagi mengambil kesempatan untuk berkempen. Zul Nordin berkata kalau ketika pengumuman calon PR untuk DUN boleh didengari penyokong mereka, kenapa nama Khalid tidak didengari? Mungkin itu maknanya penyokong khalid tidak mahu beliau lagi? Faham faham sendirilah! Bongok Zul Nordin! Zul Nordin dikatakan kadok naik junjung dalam satu artikal tetapi kali ini Zul Nordin bukan lagi kadok tetapi katak gomok yang dibeli oleh Najib dan dibawa naik kereta UMNO. Zul Nordin sudah menonjolkan dirinya lebih dari orang UMNO sendiri yang ada di antara mereka sudah keluar UMNO kerana bertanding bebas dan ada pula calon menghilangkan diri semata mata untuk memberi peluang kepada ketua segala katak bertanding! Zul Nordin ingat rakyat bodoh atau boleh diperbodohkan. Kelicikan UMNO melalui Jabatan Penerangan yang menyediakan semua kemudahan audio di dewan penamaan calon sudah lama diketahui. Jabatan Penerangan Malaysia antara yang paling cekap dalam menghilangkan kejelasan suara dan menghilangkan perkara perkara tertentu seperti nama Khalid dari didengari oleh pengunjung. Sudah menjadi perkara biasa kepada Jabatan Penerangan melakukannya. Khalid tahu pasal ini dan Zul Nordin juga tahu, tetapi dia masih mahu ambil kesempatan berkempen kononnya Shah Alam terima dia dan tolak Khalid. Ingat Shah Alam tu dalam hutan ker? Rakyat tak ada informasi, terima bulat bulat kata kata kaki klentong yang pernah dibuang oleh PAS dan PKR? Zul Nordin ditolak oleh kaum India tetapi di hari penamaan calon, Zul Nordin dicium dengan penuh mesra oleh seorang India menandakan dia diterima oleh kaum India di Shah Alam tetapi malangnya gambar tersebut boleh disalahtafsirkan sebagai aksi permulaan pasangan gay. Atau mungkin gambar itu cuma super impose? Zul Nordin memang katak gomok yang dibeli dan dibawa naik kereta UMNO oleh Najib supaya suara enaknya boleh melembutkan hati pengundi Shah Alam.

Petikan : TrangnuKite Online............

KANTOI lagi....Zulkifli Nordin nak menipu kita



Dalam artikel ini nanti anda akan temui dua penipuan yang dilakukan kerana bercakap tanpa bukti.Bila bercakap tanpa bukti yang sahih itu dikira TIDAK LEBIH cuma "cakap politik" yang maksudnya dengar dan baca boleh...percaya JANGAN!!!!!!!!! Zulkifli Nordin yang mungkin kini dibenci oleh presiden Perkasa sendiri kerana TUTUP peluang Ibrahim Ali untuk jadi calon telah mengeluarkan kenyataan seperti dibawah.

 

Inilah penipuan pertama yang penulis maksudkan kerana Zulkifli tidak berkata bersama bukti . Penulis telah merujuk di Twitter beliau DAN TIDAK ADA SATU PUN ucapan tahniah kecuali Tweet syok beliau sendiri

 ...

Mungkin twitter beliau tidak dipublickan sama seperti PAPAGOMO yang menyebabkan orang tak boleh membalas atau memberi komen...jadi dimana bukti dakwaan beliau itu?? Jika anda lihat tarikh Twit dibuatpun pada 11APRIL...

.

DIFACEBOOK?? Memang ada ucapan tahniah tapi ...tak la seramai mana yang penulis lihat melalui timeline beliau ini.......DAN TIADAPUN ANTARA NAMA NAMA YANG MEMBERIKAN UCAPAN TAHNIAH ITU DARI PEMIMPIN PARTI PAS seperti yang didakwanya diatas. Dalam blog beliau pula cuma posting yang ditemui dan yang akhir dibuat ialah pada 13April......

   

Di hp? Miahaha...sebab beliau tahu tiada siapa berani GODEK HP beliaulah MAKA beliau buat kenyataan ADA BERJUTA JUTA SMS .... PENIPU seterusnya ialah blogger yang memaparkan kenyataan Zulkifli Nordin ini.........DARI MANA DATANGNYA NAMA DATO HARUN DIN?? Atau Dato Harun Din yang telefon blogger ini beritahu seperti didakwa ini?

 



















NASIB BAIK TAK DITUDUHNYA DATO IBRAHIM ALI YANG UCAPKAN TAHNIAH!!


Petikan : TranungKite Online..............

Saturday, April 20, 2013

SENARAI KEPUTUSAN PENAMAAN CALON BAGI KERUSI PARLIMEN NEGERI SELANGOR 2013

SENARAI KEPUTUSAN PENAMAAN CALON BAGI KERUSI PARLIMEN NEGERI SELANGOR 2013 

 P. 092 - SABAK BERNAM
 ABDUL AZIZ BIN BARI PKR LAYAK BERTANDING
 MOHD FASIAH BIN MOHD FAKEH BN LAYAK BERTANDING

 P. 093 - SUNGAI BESAR
 MOHAMED SALLEH BIN M HUSIN PAS LAYAK BERTANDING
 NORIAH BINTI KASNON BN LAYAK BERTANDING

 P. 094 - HULU SELANGOR
 KHALID BIN JAAFAR PKR LAYAK BERTANDING
 P.KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN BN LAYAK BERTANDING
 RADZALI BIN MOKHTAR BEBAS LAYAK BERTANDING
 SANTHARA KUMAR A/L RAMANAIDU BEBAS LAYAK BERTANDING

 P. 095 - TANJONG KARANG
 MASRUN BIN TAMSI BEBAS LAYAK BERTANDING
 MOHAMAD RASHDI BIN DERAMAN PAS LAYAK BERTANDING
 NOH BIN OMAR BN LAYAK BERTANDING

 P. 096 - KUALA SELANGOR
 DZULKEFLY BIN AHMAD PAS LAYAK BERTANDING
 IRMOHIZAM BIN IBRAHIM BN LAYAK BERTANDING

 P. 097 - SELAYANG
 HAJI MOHD HAZIZI BIN AB. RAHMAN BERJASA LAYAK BERTANDING
 LIM SIANG CHAI BN LAYAK BERTANDING
 WILLIAM LEONG JEE KEEN PKR LAYAK BERTANDING

 P. 098 - GOMBAK
 MOHAMED AZMIN BIN ALI PKR LAYAK BERTANDING
 RAMAN BIN ISMAIL BN LAYAK BERTANDING
 SAID NAZAR BIN ABU BAKER BEBAS LAYAK BERTANDING

 P. 099 - AMPANG
 ROZAIDAH BINTI TALIB BN LAYAK BERTANDING
 ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN PKR LAYAK BERTANDING

 P. 100 - PANDAN LIM CHIN YEE BN LAYAK BERTANDING
 MOHD RAFIZI BIN RAMLI PKR LAYAK BERTANDING
 TAN YEW LENG BEBAS LAYAK BERTANDING

 P. 101 - HULU LANGAT
 ADZHALIZA BINTI MOHD NOR BN LAYAK BERTANDING
 CHE ROSLI BIN CHE MAT PAS LAYAK BERTANDING

 P. 102 - SERDANG
 ONG KIAN MING DAP LAYAK BERTANDING
 YAP PIAN HON BN LAYAK BERTANDING

 P. 103 - PUCHONG
 A. KOHILAN PILLAY A/L G. APPU BN LAYAK BERTANDING
 GOBIND SINGH DEO DAP LAYAK BERTANDING

 P. 104 - KELANA JAYA
 LOH SENG KOK BN LAYAK BERTANDING
 TOH SIN WAH BEBAS LAYAK BERTANDING
 WONG CHEN PKR LAYAK BERTANDING

 P. 105 - PETALING JAYA
 SELATAN HEE LOY SIAN PKR LAYAK BERTANDING
 IBRAHIM BIN KHATIB BEBAS LAYAK BERTANDING
 SHEAH KOK FAH BN LAYAK BERTANDING

 P. 106 - PETALING JAYA UTARA
 CHEW HOONG LING BN LAYAK BERTANDING
 PUA KIAM WEE DAP LAYAK BERTANDING

 P. 107 - SUBANG
 EDROS BIN ABDULLAH BEBAS LAYAK BERTANDING
 MOHAMAD BIN ISMAIL BERJASA LAYAK BERTANDING
 NAZARUDDIN BIN MOHAMED FERDOOS BEBAS LAYAK BERTANDING
 PAKAS RAO A/L APPLANAIDOO BN LAYAK BERTANDING
 SIVARASA A/L K. RASIAH PKR LAYAK BERTANDING

 P. 108 - SHAH ALAM
 KHALID BIN ABD SAMAD PAS LAYAK BERTANDING
 ZULKIFLI BIN NOORDIN BN LAYAK BERTANDING

 P. 109 - KAPAR
 G MANIVANNAN A/L GOWINDASAMY PKR LAYAK BERTANDING
 MOHD NAZRI BIN ABDUL AZIZ BEBAS LAYAK BERTANDING
 MOHD PATHAN BIN HUSSIN BERJASA LAYAK BERTANDING
 NORHAMZAH BIN SURATMAN BEBAS LAYAK BERTANDING
 PALAYA A/L RENGAIAH BEBAS LAYAK BERTANDING
 SAKTHIVEL A/L ALAGAPPAN BN LAYAK BERTANDING

 P. 110 - KLANG
 CHARLES ANTHONY A/L R. SANTIAGO DAP LAYAK BERTANDING
 TEH KIM POO BN LAYAK BERTANDING

 P. 111 - KOTA RAJA
 AZMAN BIN IDRUS BEBAS LAYAK BERTANDING
 MURUGESAN A/L SINNANDAVAR BN LAYAK BERTANDING
 SITI MARIAH BINTI MAHMUD PAS LAYAK BERTANDING
 UTHAYAKUMAR BEBAS LAYAK BERTANDING

 P. 112 - KUALA LANGAT
 ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID PKR LAYAK BERTANDING
 KOTTAPPAN A/L SUPPAIAH BEBAS LAYAK BERTANDING
 SHARUDDIN BIN OMAR BN LAYAK BERTANDING

 P. 113 - SEPANG
 HANAPIAH BIN MOHAMAD BEBAS LAYAK BERTANDING
 MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN PAS LAYAK BERTANDING
 MOHD ZIN BIN MOHAMED BN LAYAK BERTANDING
 SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI BEBAS LAYAK BERTANDING

 JUMLAH CALON YANG LAYAK BERTANDING 64
 JUMLAH CALON YANG MENARIK DIRI 0
 JUMLAH CALON YANG TIDAK LAYAK BERTANDING 0
 JUMLAH CALON YANG MENARIK BALIK KERTAS PENCALONAN 0

Sumber :pru13.gov.my

Zulkifli Nordin Lawan Khalid Samad di Shah Alam



Najid Razak mengumunkan kerusi parlimen Shah Alam calun yang bertanding Datuk Zulkifli Nordin bekas calun pkr parlimen Bandar Baru Kulim yang dipecat dari PKR. Zulkifli Nordin akan melawan calun PAS kerusi parlimen Shah Alam Sdr. Haji Khalid Samad. Satu satu pertandingan yang bakal dinanti secara dekat seluruh rakyat Malaysia. Zul Nordin sekarang naib presiden Perkasa. Khalid Samad pernah mencabar Zul Nordin bertanding kerusi parlimen Shah Alam yang disandang sekarang. Orang ramai anggap pilihanraya umum adalah ibu segala pilihanraya umum di Malaysia. Syabas kepada Zul Nordin menerima tawaran dari BN/UMNO bertanding atas tiket UMNO/BN.

Penamaan Calon PRU 13

Mohamad Sabu berdepan Datuk Othman Abdul



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berdepan calon BN, Datuk Othman Abdul di Parlimen P.011 Pendang. Mohamad Sabu menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi P.011 Pendang pada jam 9.14 pagi. Wakil beliau ialah Fadzil Mohd Noor Sahni, pencadang pula Idrus Hamid yang disokong Abdullah Abdul Razak.

Calon-calon PAS Perak



Pengisytiharan calon-calon Pilihanraya Umum 13 untuk Negeri Perak telah berlangsung malam tadi dengan ketiga parti bertanding mengumumkan kesemua nama di 59 kerusi DUN dan 24 kerusi. Al Hamdulillah ada sedikit sebanyak dalam pembahagian diselesaikan dengan 'muafakat yang baik'

PARLIMEN (PAS)
Gerik: Hajjah Norhayati Abidin
Lenggong: Hj Razman Zakaria
Larut: Dato’ Fauzi Shaari
Parit Buntar: Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Bukit Gantang: Ustaz Idris Ahmad
Kuala Kangsar: Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Parit: Ustaz Hj Muhd Ismi Mat Taib

DUN (PAS)
Selama: Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin
Kubu Gajah: Ustaz Nazri Din Titi
Serong: Ustaz Abu Bakar Hussein
Gunong Semanggol: Ustaz Zawawi Abu Hassan
Selinsing: Hj. Husin Din
Changkat Jering: Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin
Trong: Ustaz Norazli Musa
Kamunting: Ustaz Mohamad Fakhruddin Abd Aziz
Chenderoh: Dr Mohd Azalan Radzi
Lubok Merbau: Hj Mohd Zainudin Mohd Yusof
Lintang: Mej (B) Ir. Hj Ahmad Mazlan bin Othman
Manjoi: Hj. Asmuni Awi Manong: Hj. Jamil Dzulkarnain
Pengkalan Bharu: Dr Khairuddin Abd Malik
Belanja: Dr Najihatussolehah Ahmad
Sungai Rapat: Ustaz Radzi Zainon
Air Kuning: Dr Razi Othman
Kampung Gajah: Drs. Ishak Shaari
Pasir Panjang: Hajjah Rohawati Abidn
Rungkup: Ustaz Misbahul Munir Masduki
Changkat Jong: Hj. Anuar Sudin
Slim: Hj Aminuddin Zulkipli.

PARLIMEN (PKR)
Lumut: Laksamana (B) Imran Abdul Hadi
Tapah: Vasantha Kumar
Tanjung Malim: Tan Yee Kew
Padang Rengas: Dr Meor Ahmad Asharra Ishak
Bagan Serai: Dr Mohd Nur Manuty
Tambun: Siti Aishah Shaik Ismail.

DUN (PKR)
*Pengkalan Hulu: Mejar (B) Abdullah Hassan
Temengor: Supian Nordin
Kenering: Tarmizi Abdul Hamid
Kota Tampan: Zahrul Nizam Abdul Majid
Batu Kurau: Fadhil Alias
Kuala Sepetang: Chua Yee Ling
Bukit Chandan: Fathmawaty Salim
Hulu Kinta: A Tinagaran
Simpang Pulai: Tan Kar Hing
Tualang Sekah: Baldip Singh
Alor Pongsu: Rosli ibrahim
Chenderiang: Bah Tony
Behrang: Brigadier Jeneral (B) Hadi Abdul Khattab
Sungai Manik: Osman Abdul Khattab
Pangkor: Saifullah Mohd Zulkifli
Bota: Zulkifli Ibrahim

PARLIMEN (DAP)
Ipoh Timur: Thomas Su Keong Siong
Pasir Pinji: Howard Lee
Tebing Tinggi: Ong Boon Piow
Batu Gajah: V. Sivakumar
Ipoh Barat: M. Kulasegaran
Beruas: Datuk Ngeh Koo Ham

DUN (DAP)
Paul Yong (Tronoh)
Loh Sze Yee (Jalong)
Wong May Ing (Pantai Remis)
Leong Cheok Keng (Malim Nawar)
 Leow Thye Yih (Aulong)
A. Sivanesan (Sungkai)
S. Sivasubramaniam (Buntong)
Chen Fook Chye (Keranji)
Lim Pek Har (Menglembu).

 Petikan : TranungKite Online..../.......

DAP Semenanjung Guna Logo PAS.



SEJARAH TERCIPTA. PARTI DAP di Semenanjung menggunakan logo PAS. Semua calun DAP yangb bertanding dalam pilihanraya umum ke-13 menggunakan logo PAS. PAS dan DAP bijak menghadapi suasana yang getir. Satu keputusan yang baik syabas kepada pemimpin PAS pusat. Jelas setiakawan dan persahabatan makin erat. Disaat DAP akan dipancung pada 5/5/2013 oleh ROS yang didalangi oleh BN/UMNO kita menghulur jambatan emas sebagai menyelamat pakatan rakyat dalam cita cita menawan Putrajaya. Barisan Nasional telah terhidu kekalahan pada pilihanraya umum ke-13. Malah pengkaji politk semasa meramalkan Pakatan Rakyat mendapat 145 kerusi parlimen. Dengan cara mengheret DAP dalam akta ROS, semua calun DAP akan terbatal jika calun DAP bertanding menggunakan logo DAP. Inilah perangkap ROS yang dihidu oleh DAP dan pakatan Rakyat. DAP mengambil jalan selamat dan menyelamatkan semua calun DAP yang bertanding kerusi DUN dan Parlimen dengan menggunakan simpol atau loho PAS pada 5/5/2013. Cabaran kepada pemimpin PAS dan penyokong PAS disegenap bandar, desa, kampong dan desa bagi menerangkan mengapa dan sebabnya kepada pengundi Melayu, China seluruh Malaysia, Memang ada sedikit kekeliruan. Malah pemgundi China mungkin keliru, pengundi melayu pula terkejut. Kita mengharap semua pengerak parti paktan rakyat dibekal dengan maklumat dan mengapa kes yang sedekianmeninba DAP. Inilah kerja Barisan nasional dan UMNO bagi mengagalkan pakatan rakyat menawan Putrajaya. Ayuh kita bangkit dan bangkit dengan sejuta kesabaran dengan satu tekad mahu menjatuhkan kerajaan rasuah barisan nasional dan umno pada 5/5/2013. Petikan :TranungKite Online

DAP Sah Guna Logo PAS, KEADILAN



KUALA LUMPUR, 19 APR: Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengesahkan akan bertanding menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini. Ini berikutan kegagalan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik notis terhadap DAP seperti yang dituntutnya, semalam. Ketika dihubungi media, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, keputusan itu diambil kerana ‘tiada tanda-tanda surat itu akan ditarik balik oleh ROS’. “Kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding menggunakan lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak,” ujar beliau. ROS menghantar notis pada petang 17 April lalu mengatakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP tidak diiktiraf, walaupun pada paginya bersetuju menangguhkan siasatan terhadap DAP sehingga selepas pilihan raya umum. Berikutan tindakan yang disifatkan bermotif politik itu, DAP pada sidang media di Ibu Pejabat DAP semalam; Setiausaha Agung PAS dan PKR bersetuju mengeluarkan watikah membenarkan penggunaan logo parti itu bagi membantu DAP yang teraniaya akibat kekalutan Barisan Nasional (BN).