Sunday, April 26, 2009

USRAH KALI KE-1

Salam,Alhamdulillah..Usrah kita kali pertama berlangsung dengan izin Allah dengan di hadiri oleh penduduk seksyen 17 seramai 80 orang.Ini adalah satu sambutan yang amat baik pada Usrah yang kali pertama di anjurkan oleh PAS Caw Sek.17.Usrah di sampaikan oleh Nakib Ustaz Zawawi Yusuf.Usrah kali pertama ini menerangkan tentang tatatertib dan muqadimah untuk berusrah.InsyaAllah,pada Usrah bulan depan dapatlah kita mendalami lagi tentang perjuangan kita.Usrah berakhir pada jam 10:30 mlm dan Usrah pada bulan depan pada 29hb Mei 2009.InsyaAllah..

Sunday, April 19, 2009

Mesyuarat Agung Kawasan Shah Alam 2009

Salam,Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNYA.Mesyuarat Agung di peringkat kawasan berjalan dengan lancar.Mesyuarat di mulakan pada jam 09:00 pg dan ucapan penangguhan dari Pengerusi Tetap jam 03:0 ptg.Pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru juga dapat berjalan dengan lancar.YDP YB.Khalid Samad mengekalkan kerusi YDP,manakala Timb.YDP En.Azli sebelum ini memegang jawatan NYDP.Jawatan NYDP di menangi oleh saudara Isma sebelum ini memegang jawatan Ketua Penerangan.Di mana AJK yang lama ramai yang kekal dan ada juga muka baru,Ustaz.Nasaruddin dan Hj.Musri di mana Ketua Cawangan PAS Seksyen 17.Semoga dengan perlantikan jawatankuasa yang baru ini dan Ketua Cawangan kita sebagai AJK PAS Kaw Shah Alam.Dapatlah kita memperbanyakkan akitiviti di Cawangan seksyen 17 dengan membawa politik baru..InsyaAllah..

Thursday, April 16, 2009

Sunday, April 12, 2009

Mesyuarat Agung Kawasan Shah Alam 2009

Salam,Alhamdulillah semalam telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Pemilihan Dewan Pemuda & Dewan Muslimat di peringkat kawasan Shah Alam.Di mana Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam mengekalkan Ketua Pemuda En.Sayutzi Basiron sebagai KP Shah Alam dan Ustaz Nasaruddin mengantikan Ustaz Zawawi sebagai Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda Ustaz Husni mengantikan En.Yaszid,begitu juga dengan Ahli Jawatankuasa Kerja yang menampilkan banyak muka baru,seperti mana AJK Pemuda yang lama En.Ishak Dolah dan Zulkifli Mohd Nani telah memasuki umur 40 tahun pada tahun ini.Semoga dengan perlantikan baru ini dapat memperkuatkan lagi kedudukan DPPSA untuk golongan muda khususnya di seluruh Shah Alam.Mesyuarat Agung DPPSA berlangsung di Dewan Bistari dengan di rasmikan oleh Ketua Pemuda Negeri Kelantan YB.Zaki Ibrahim dan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat berlangsung Di Dewan Merbau MBSA MPP Zone 6 Sek.17.

Senarai Penuh Jawatankuasa PAS Caw.Sek.17








Tuesday, April 7, 2009

PAS Menang Di Bukit Gantang


Salam,Alhamdulillah kemenangan Parti PAS di Bukit Gantang menjadikan satu tamparan hebat buat Umno dan BN.Menunjukkan rakyat Perak masih menganggap Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak.Dengan kuasa Allah S.W.T. PAS telah menunjukkan bahawa pengundi-pengundi di Perak sendiri telah menghakimi Pakatan Rakyat dengan memilih Dato Seri Nizar sebagai wakil mereka di Parlimen.Semoga dengan kemenangan ini Pakatan Rakyat akan terus memperjuangkan hak rakyat demi masa depan Negara.InsyaAllah..Takbirr(Allahuakhbar)Takbir(Allahuakhbar)Takbir(Allahuakhbar).

Tae Kwan Do



Salam,Alhamdulillah program kemasyarakatan yang telah diadakan di dewan MPP Zone 6 pada 4hb April 2009 pelancaran program Tae Kwan Do oleh Ahli Majlis MBSA En.Zulkifli Mohd Nani serta petugas-petugas MPP Zone 6.Program ini terbuka kepada semua penduduk di MPP Zone 6 di mana dengan ada nya program seperti ini,menjadikan satu aktiviti riadah untuk penduduk seksyen 17 khususnya bagi
melatih diri kita belajar ilmu mempertahan kan diri untuk melindungi diri kita sekiranya berlaku kes ragut atau perkara yang tak di ingini.Tahniah pada Majlis Perwakilan Penduduk Seksyen 17, kerana dengan sumbangan ini dapat menambahkan lagi aktiviti riadah di kawasan seksyen 17.Sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini, amatlah di alu-alukan.

Yuran Pendaftaran :RM 10
Yuran Bulan : Tiada
Baju :Di wajibkan
Hubungi :En.Khairul 012-6519014