Monday, November 16, 2009

Kota Siputeh diisytihar kosong



Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada jam 5.30 petang.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) telah menepati syarat tersebut," kata Hakim Alizatul ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa, yang diwakili oleh peguam utama Sulaiman Abdullah, memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil
rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika mana-mana anggota DUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker
selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Alizatul berkata tidak dipertikaikan bahawa Abu Hassan tidak memperoleh kebenaran daripada Speaker untuk tidak menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut, dan hanya mengemukakan sijil cuti sakit beliau kepada Speaker pada 10 Ogos 2009.

"Speaker mempunyai kuasa mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah bagi memberi kebenaran dan beliau tidak bertindak secara tidak munasabah apabila menolak sijil cuti sakit bertarikh 10 Ogos 2009 selepas mengetahui bahawa wakil rakyat itu turut menghadiri satu majlis pada hari yang sama," katanya.

Hakim Alizatul menegaskan SPR telah bertindak secara tidak sah ketika menerima sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh Abu Hassan sebagai alasan kerana ketidakhadirannya.

SPR juga membuat keputusan tidak wajar ketika memutuskan bahawa Perkara 51 hanya boleh digunakan selepas Speaker merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, katanya.

"Tiada peruntukan mandatori dikenakan ke atas Speaker untuk berbuat demikian memandangkan keputusan sama ada merujuk perkara itu kepada jawatankuasa berkenaan atau tidak adalah budi bicara beliau memandangkan perkara berkaitan kebenaran bukanlah keistimewaan yang diberikan kepada seseorang wakil rakyat,"
katanya.

Hakim Alizatul berkata SPR telah tersalah tafsir maksud "dua persidangan berturut-turut" mengikut Perkara 51 sebagai dua sesi berasingan.

"Saya bersetuju dengan peguam pemohon bahawa responden pertama (Abu Hassan) telah tidak menghadiri dua persidangan berturut-turut dalam satu sesi tanpa gendala," katanya.

Mahkamah turut menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan SPR bagi penangguhan perintah pilihan raya kecil.

Di luar mahkamah, Abu Hassan memberitahu pemberita beliau menerima keputusan itu dan menyerahkan kepada peguamnya, Datuk Hafarizam Harun, untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

SPR diwakili peguam kanan persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said. - Bernama

Undian siapa pengerusi PR...

TGNA mendapat majoriti undi...
keputusan undian siapa yang layak menjadi pengerusi PR:

Tok Guru Nik Aziz:52%
Dato Seri Anwar Ibrahim:30%
Lim KIt Siang:9%
hadi awang:9%..keputusan undian

Cadangan datuk Zaid Ibrahim(DZI) untuk menjadikan TGNA sebagai pengerusi Pakatan Rakyat disokong 52 peratus pengundi dari carta undian ntv7 malam tadi.

Gua amat sokong cadangan DZI ini,dan gua terharu,walaupun dia bukanlah ahli pAS,(tetapi pkr)tetapi beliau condong kearah seorang pemimpin PAS untuk memgetuai gabngan parti yang turut disertai beliau.

Dan sorang pemimpin PAs pula,walaupun tidak menentang cadangan DZI,tetapi nampak seolah olah kurang senang dengan DZI..siapa mamat ni,korang yang tengok berita ntv7 tadi pasti tahu..seorang pendokong kuat KERAjaan perpaduan..

Mungkin dia lebih harapkan hadi awang untuk jadi pengerusi PR,,(kah..kah..kah..),no la,kalau bukan TGNA pun,pilihan kedua pastinya DSAI..,yang ketiga gua rela pilih Lim Kit Siang...gua tak nak berpemimpinkan seorang yang lemah,yang dikawal orang lain..

Walapun pun gua rasa TGNA akan menolak tawaran ini,dan berikan kepada DSAI(pikiran gua la),tetapi walau apa pun yang berlaku,gua tetap di belakang TGNA...hidup TGNA.....Allahuakhbar..!!!!!!!!!

Thursday, November 5, 2009

Siapa Munafik Haraki Di dalam PAS




Telah seminggu berlalu, kontroversi pita rakaman ucapan Dato' Hasan Ali (DHA) dan Nasharuddin. Hampir seminggu juga saya tidak punya kesempatan untuk menulis atas dasar kesibukan saya. Apa yang sedikit ganjil, biarpun telah dimaklumkan oleh keputusan Mesyuarat Khas, keinginan khalayak tetap bertali arus bertanyakan kepada saya tentang pita rakaman tersebut, kononnya boleh tumpang dengar pun jadilah.

Benar, ia banyak menimbulkan pelbagai persepsi orang ramai. Dari orang besar di dalam saf pimpinan PAS hinggalah kepada ahli biasa PAS, dan tidak kurang juga dari individu-individu luar pun sama sibuk nak dengar sama. Namun saya terpaksa akur apabila rakaman tersebut perlu diserahkan dan telah pun diserahkan kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ( DTI ) yang mengetuai Lembaga Disiplin yang mana beliau ditugaskan menyiasat semua laporan terhadap PAS Selangor khususnya keatas DHA.

Pelbagai gaya dan ragam dapat dilihat terhadap individu-individu tertentu itu memujuk, merayu untuk mendengar, sekaligus berusaha untuk memiliki pita rakaman tersebut yang kini bukan lagi rahsia, kerana memang benar wujudnya bukti tersebut. Saya memohon maaf kepada sahabat saya, albanjari, editor albanjari Online yang bukan sahaja dimarahi malah turut diugut-ugut. MasyaAllah !

Munafik Haraki ?

Dikisahkan juga, terdapat beberapa 'pendesak', tetapi di antara pendesak yang begitu mahukan pita rakaman itu, yang ini saya klasifikasikan yang paling teruk. Saya tidak mahu sebut namanya, cukuplah saya nyatakan bahwa beliau ini juga seketurunan dengan saya, dari kaum banjar. Beliau menduduki hirarki yg agak tinggi dalam saf Pemuda PAS Selangor. Kononnya TGNA teringin benar mahu mendengar pita rakaman tersebut juga kononnya DHA ada memfitnah Khalid, Menteri Besar Selangor di pertemuan itu. Hey..ini muslihat apa ni syeikh ? Betulkah ?

Saya menjadi ragu dan timbul curiga keatas individu ini, lalu jalan terbaik saya ialah dengan mendapatkan maklumat terus dari seorang kenalan rapat yang juga rapat dengan TGNA, dan mengadukan hal ini kepadanya, dengan segera sahabat saya ni menghubungi pegawai pengiring TGNA yang datang bersama dengannya pada hari tersebut. Sahabat saya beritahu bahawa itu tidak berlaku.


Tetapi benarkah dan sungguhkah TGNA hendak mendengar rakaman tersebut ? Atau individu itu sebenarnya yang mahukan ? Pada hari berikutnya iaitu hari Khamis 29/10/09 saya masih dihubungi oleh individu ini namun saya tak jawab panggilannya, hinggalah saya menerima kiriman sms yang dikirimkan melalui sahabat saya, albanjari, dan beliau telah pun melaksanakan tugasnya utk forwardkan sms itu kepada saya seperti yg dipintanya.

Saya cukup terkejut. Bila melihat kandungan sms yang dikirimkan. Bagi mengesahkan kebenaran apa yg dituliskan melalui sms itu, saya forwardkan pula kepada seorang sahabat saya untuk menyiasat benarkah apa yang seperti didakwanya dalam sms tersebut. Mari kita baca sms tersebut dulu lepas tu kita sambung belasah lagi..

Sekadar maklum enta; ana istikharah bbrp hari utk serah pimpinan harian pusat dan bbrp yg hadir mesy khas smlm satu rakaman yg sgt serios ttg hasutan DHA utk PAS bersikap x adil thadap PR Slgor, dan timbulkan fitnah pd MB Slgor+PR. Kedua TG amat terkejut! Dan seterusnya TGNA minta nak dgr sendiri apa rakaman yg enta buat di rumah DHA...Sila maklum jika enta decide x jadi beri rakaman itu utk ana maklumkan pd TGNA. Sekadar mbebaskan ana dari amanah. Jzklh.

Begitulah kandungan sms ini, dan saya salin 100% sms itu ke sini. Soalnya dia kata dia sudah istikharah beberapa kali tu pun saya rasa dia bohong, kerana pertemuan itu hanya berlangsung pada hari Isnin malam Selasa. Kalaupun dia buat istikharah, hanya pada hari selasa iaitu sebelum tidur pada malam rabu, Ha..ha..ha, nak bohong pun agak-agak lah syeikh !

Kemudian dia kata DHA menghasut untuk PAS bersikap tidak adil kepada PR Selangor ! Syeikh, enta jangan cari pasal hanya kerana nak jaga 'orang itu' ! Jangan sampai enta pun jadi sampah juga. Buktikanlah hasutan itu, entah-entah, enta dengar maklumat itu dari barua UMNO, lalu enta pun berperangai macam UMNO juga.

DHA memfitnah MB Selangor ? Ini pun saya rasa, enta dapat dari barua UMNO, sebab enta sendiri yang agaknya dah dikelabui oleh pangkat macam UMNO. Iyerlah dah jadi Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Selangor, dan kebetulan pula sudah jadi Ahli Majlis, orang ada kuasa lah katakan ! Bunggul* !

Untuk makluman, saya sudah dengar dan ulang beberapa kali nak cari ayat mana DHA fitnah dan memburukkan MB tapi tak jumpa, kalau tak percaya cuba enta hubungi Dato' Tuan Ibrahim ada tak kalimah dan ayat DHA memfitnah dan memburukkan MB, kalau ada hang mai sini luku kepala aku sekali dan kalau tidak ada, aku nak penerajang buntut hang 10 kali. Ada berani ?

Kedua, Tuan Guru (TG) terkejut ? TG mane syeikh? TG Shah Alam ker ? Jangan cari pasal syeikh, buruk padahnya apabila menggunakan nama Tuan Guru untuk kepentingan peribadi, jika benar kedua-dua Tuan Guru itu tahu tak jadi masalah tapi.., siapa pimpinan Dewan Harian Pusat yang enta maksudkan? Kemudian kenapa hanya beberapa orang (mungkin AJK PAS Pusat) sahaja yang nak dengar ? Kenapa tak semua syeikh ? Enta jangan cari pasal juga jual nama Dewan Harian dan AJK PAS Pusat syeikh, bila saya rujuk benda ini kepada seorang ahli Dewan Harian yang juga AJK PAS Pusat, beliau berkata beliau tidak tahu menahu tentang perkara ni bahkan TGHH pun tak tahu ! Apa citer ni syekih.

Maka seorang sahabat saya malam itu telah mengatakan, sahlah 'budak ini' MUNAFIK HARAKI, jika benar semua kenyataan dari sms beliau itu palsu dan sengaja direka-reka.

Kepada Dato' Pengerusi Lembaga Disiplin, eloklah individu ini di siasat sama, kerana menyalah gunakan nama 2 Tok Guru, nama Dewan Harian, AJK Pas Pusat, memfitnah, menipu dan sebagainya. Mungkin ada dalang besar di sebalik tindakan individu ini kerana tidak mungkin dia berani bertindak sendirian.

Bila kita dapat tangkap seekor Hantu Raya dan kita picit telor dia mesti dia bagi tau nama tuan dia samalah juga dengan budak 'bunggul' Shah Alam ni kalau kita hadapkan dia kat Lembaga Disiplin tentu kita tahu siapa watak hebat dibelakangnya dan kita tahu siapa bos dia lepas tu kita pecat dia dengan bos dia sekali dari PAS kerana memfitnah pimpinan dan sebagainya. Wallahualam.

(*) angahnya', jangan cari pasai...amun wanik meulah kana wanik la ambil resiko....amun takutan, bepataklah....urang banjar semuan pewanian.

(terjemahan kata : *bunggul - tidak cukup berakal, atau bodoh)

Petikan:Al-Banjari

Jais halang sejak saya mufti lagi




Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa beliau adalah satu-satu mufti di negara ini yang tidak dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberi ceramah agama di Selangor.

Katanya, ketika beliau menjadi mufti Perlis, Jais membenarkan mufti negeri-negeri memberi ceramah di Selangor kecuali dirinya.

Oleh itu, beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya konspirasi terhadapnya bermula sejak beliau menjadi mufti Perlis lagi.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi ini, Dr Mohd Asri bagaimanapun berkata beliau tidak tahu motif sebenarnya di sebalik tindaikan tersebut.

Berhubung cadangan pelantikannya sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), bekas mufti Perlis itu berkata, ia merupakan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Katanya, beliau menjangka pemilihannya itu dibuat perdana menteri berdasarkan penglibatannya dalam banyak program keagamaan termasuk yang dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin politik kerajaan.

Bagaimanapun, beliau menafikan bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim - yang dilihat begitu rapatnya - adalah 'political master' kepadanya.

Dalam wawancara tersebut, Dr Mohd Asri turut menyentuh bantahan beberapa NGO terhadap cadangan pelantikannya itu, termasuk Persatuan Peguam Shari'e Malaysia (PGSM).

Katanya, presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin pernah menemuinya berhubung cadangan pelantikannya sebagai yang dipertua Yadim.

Bagaimanapun, katanya, ketika itu beliau masih belum mendapat tahu mengenai tindakan NGO berkenaan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, membantah cadangan pelantikannya itu.

- Malaysiakini

Royalti: Apakah istimewanya Sabah, Sarawak




PETALING JAYA Nov 5 - "Kenapa Sabah dan Sarawak dapat keistimewaan?" soal pemimpin kerajaan Kelantan berikutan pengumuman bayaran wang ihsan petroleum kepada negeri itu berkuat kuasa tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa dengan meletakkan hujahnya bahawa semua negeri adalah sama di bawah Akta Petroleum, "kalau Kelantan tidak layak dapat royalti kerana telaganya jauh, maka Sabah dan Sarawak pun tak boleh dibayar royalti."


"Sabah dan Sarawak masuk Malaysia tahun 1963, lebih kemudian dari Kelantan dan Terengganu. Kenapa Sabah dan Sarawak dapat keistimewaan?" kata beliau dalam tulisan blognya bertajuk "Ada Telaga, Ada Ihsan?" hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Razak mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk memberi wang ihsan petroleum kepada Kelantan mulai tahun depan.

Pemberian itu adalah berasaskan pertimbangan sama yang diberikan kepada Terengganu iaitu mengambil kira pengeluaran petroleum di luar perairan negeri berkenaan. Menurut Najib, keputusan itu adalah daripada segi perundangan di mana Kelantan seperti juga Terengganu tiada hak menuntut royalti kerana tiada pengeluaran petroleum dari perairan kedua-dua negeri itu yang ditakrif lebih tiga batu nautika (5.55 kilometer) dari tikas air surut atau pesisir.

Justeru jelasnya, wang ihsan akan diberi dalam bentuk projek pembangunan dan pembasmian kemiskinan di Kelantan.

Sehubungan itu, Husam menegaskan, Kelantan juga sama seperti Sabah dan Sarawak berhak untuk dibayar royalti, bukan sahaja untuk satu telaga, malah kesemua telaga termasuk dalam kawasan JDA dan CAA.

Oleh itu katanya, “masa belum terlambat sebelum keadaan lebih bercelaru.” Husam juga menjelaskan, nampaknya keihsan BN masih berasaskan pada telaga pengeluaran minyak atau gas. “Negeri tak ada telaga minyak, tak adalah ihsannya. “Kelantan ada satu telaga? Bumi Selatan. Dapat wang ihsan. Terengganu ada banyak telaga, juga sama jauh di luar kawasan tiga batu nautika. Ada telaga tapi jauh, dapat wang ihsan, bukan royalti.

“Ada telaga, tapi tak lebih dari tiga batu (nautika) dari pantai baru dapat royalti. “Mana negeri ada telaga tapi tak lebih tiga batu dari pantai? Tolong tunjukkan. Sabah? Sarawak?” soalnya lagi.