Sunday, March 29, 2009

Ribut Melanda Seksyen 17,Shah Alam


Salam,pada 27hb March 2009 jam 05:30 ptg,Ribut kencang dan hujan lebat melanda seksyen 17,banyak bumbung rumah yang tercabut,pokok-pokok dan tiang lampu tumbang.Ana bersama sahabat berada di Restoran Jayati semasa kejadian,selepas hujan reda Ana dan sahabat melawat kawasan yang teruk di landa ribut sambil menghubungi pihak MPP Zone 6 untuk menghantar kan bantuan seberapa segera,kerana kebanyakkan pokok-pokok tumbang telah menghalang laluan utama memasuki Seksyen 17 dan di dalam kawasan Seksyen 17.Alhamdulillah,tiada nyawa yang terkoban hanya pokok-pokok dan tiang lampu tumbang di kawasan luar rumah.Rumah-rumah yang di landa kerosakan telah di baiki pada keesokan hari nya dengan bantuan dari pihak MPP Zone 6 dan kerjasama MBSA dan TNB.Semua yang berlaku datang nya dari Allah s.w.t. untuk mengigati diri kita,sesungguhnya Allah s.w.t lebih berkuasa dan mengetahui setiap apa yang kita lakukan di Bumi Allah s.w.t.sama-sama lah kita ingat-mengingati dan banyakkan berdoa semoga di lindungi dari segala bencana InsyaALLAH.


No comments:

Post a Comment