Saturday, October 3, 2009

Bagan Pinang: Zulkifli Mohd Omar vs ISA




Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil, Abdul Wahab Shamsuddin selepas tempoh bantahan ditutup pada pukul 11 pagi tadi..

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima dua borang setelah masa penyerahan borang pencalonan tamat pada pukul 10 pagi tadi.

Pada pilihan raya kecil tersebut, BN diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua Umno bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad, manakala PAS diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkefly Mohd Omar.

Abdul Wahab berkata Mohd Isa menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.05 pagi manakala Zulkefly berbuat demikian seminit kemudian.

Katanya lagi sehingga tempoh bantahan ditutup, SPR menerima dua bantahan yang dikemukan terhadap pencalonan-pencaloan tersebut.

“Saya telah menerima sebanyak dua bantahan dikemukaan terhadap pencalonan-pencalonan tersebut… namun setelah masa bantahan ditutup, tiada calon yang ditolak kertas penamaannya,” katanya.

Dalam pada itu bercakap kepada media selepas pengumuman nama calon dibuat, calon PAS, Zulkefly Moh Omar berkata beliau melahirkan keyakinan untuk menang pada pilihan raya kecil di DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada 11 Oktober ini.

“Semua pilihan raya ada pertandingan, kita ada peluang…kita yakin ada peluang untuk menang,” katanya.

1 comment:

  1. Salam, Hj Azahar, lama tak jumpa, jom turun to eita mlm bila-2. Kekawan ada hal

    ReplyDelete