Monday, April 22, 2013

Empat tahun tiada kerja, pergi Surau, khatam satu Quran- Muhammad Taib



"Assalamualaikum,,.

Tan Sri Muhammad Taib atau lebih mesra dipanggil Mat Tyson, dalam ucapan sulungnya sebagai ahli PAS antara lain berkata, saya empat tahun tiada kerja, pergi surau, berguru dengan seorang AlHafiz, khatam satu Quran. Dalam ayat ayat Quran yang dibaca ada perintah ALLAH kepada Nabi Muhammad saw untuk melaksanakan semua perintah ALLAH. Ada ayat yang menyebut sesiapa yang engkar atau mempermain mainkan perintah ALLAH akan kekal dalam neraka (merujuk kepada golongan munafiq) katanya lagi. Dalam ucapan awalnya ini, Tan Sri Muhammad menegaskan beliau menyertai PAS bukan untuk jadi calon atau mahukan apa apa jawatan walaupun beliau sudah setahun yang lalu bersama PAS. Keputusannya untuk menyerahkan borang keahlian selepas dua hari penamaan calon ialah untuk mengelakkan dituduh untuk menjadi calon atau untuk memegang apa apa jawatan walaupun berdasarkan ucapannya beliau masih layak pegang jawatan demi kemajuan negara yang ada roh. Dr.Mariah menyifatkan kemasukan Mat Tyson menjadi tamparan kepada UMNO/BN tetapi yang lebih penting ialah mesej Mat Tyson kepada semua orang melayu di luar sana. Katanya kalau orang melayu menyertai PAS dan parti parti yang bersama PAS, nescaya negara kita akan menjadi negara yang berjaya dan menjadi negara contoh. Satu kesedaran dari orang yang bersama UMNO sejak umurnya 25 tahun lagi, kesedaran bahawa negara kita memang maju, Selangor memang maju tetapi tiada roh. Apabila seorang bercakap pasal roh, tak kira sejarah dan latarbelakangnya, semua perlu menghormatinya. Mat Tyson menyedari kemestiannya menyokong satu parti yang boleh mengisi roh kemajuan ini dan parti itu tidak lain ialah PAS. Mat Tyson yang patut dicontohi Mahathir yang pernah berkata dia akan memperbanyakkan amal ibadat selepas bersara.Tetapi yang banyak beramal dan khatam Quran ialah Mat Tyson dan yang masuk PAS kerana amalannya ialah Mat Tyson, Mahathir masih lagi seperti dulu tiada perubahan walaupun umurnya jauh lebih tua dari Mat tyson. Semuga istiqamah dalam ugama kepada Mat Tyson dan istiqamah dalam mencapai harapan menjadikan bandar metropoliton sebagai pusat perkembangan Islam agar nanti Islam menjadi carahidup yang diamalkan oleh rakyat Malaysia termasuk orang orang bukan Islam. Mohon maaf kalau panggilan Mat Tyson tidak disenangi oleh Tan Sri Muhammad Taib, maaf kerana sudah terbiasa!"

Petikan : TranungKite Online.......

No comments:

Post a Comment