Sunday, April 21, 2013

Zul Nordin, katak gomok naik kereta UMNO!



Assalamualaikum,,..

Semalam, ada sedikit kekecohan di pusat penamaan calon Shah Alam apabila Sdr ir. Khalid Samad membantah pengarah pilihanraya kerana pengumuman nama beliau sebagai calon PAS tidak didengari kebanyakan penyokongnya. Tindakan Khalid Samad adalah haknya tetapi sikap yang ditunjukkan oleh lawannya Zul Nordin didepan kamera TV amat meloyakan. Zul Nordin seharusnya tidak perlu mempersoalkan tindakan Khalid apatah lagi mengambil kesempatan untuk berkempen. Zul Nordin berkata kalau ketika pengumuman calon PR untuk DUN boleh didengari penyokong mereka, kenapa nama Khalid tidak didengari? Mungkin itu maknanya penyokong khalid tidak mahu beliau lagi? Faham faham sendirilah! Bongok Zul Nordin! Zul Nordin dikatakan kadok naik junjung dalam satu artikal tetapi kali ini Zul Nordin bukan lagi kadok tetapi katak gomok yang dibeli oleh Najib dan dibawa naik kereta UMNO. Zul Nordin sudah menonjolkan dirinya lebih dari orang UMNO sendiri yang ada di antara mereka sudah keluar UMNO kerana bertanding bebas dan ada pula calon menghilangkan diri semata mata untuk memberi peluang kepada ketua segala katak bertanding! Zul Nordin ingat rakyat bodoh atau boleh diperbodohkan. Kelicikan UMNO melalui Jabatan Penerangan yang menyediakan semua kemudahan audio di dewan penamaan calon sudah lama diketahui. Jabatan Penerangan Malaysia antara yang paling cekap dalam menghilangkan kejelasan suara dan menghilangkan perkara perkara tertentu seperti nama Khalid dari didengari oleh pengunjung. Sudah menjadi perkara biasa kepada Jabatan Penerangan melakukannya. Khalid tahu pasal ini dan Zul Nordin juga tahu, tetapi dia masih mahu ambil kesempatan berkempen kononnya Shah Alam terima dia dan tolak Khalid. Ingat Shah Alam tu dalam hutan ker? Rakyat tak ada informasi, terima bulat bulat kata kata kaki klentong yang pernah dibuang oleh PAS dan PKR? Zul Nordin ditolak oleh kaum India tetapi di hari penamaan calon, Zul Nordin dicium dengan penuh mesra oleh seorang India menandakan dia diterima oleh kaum India di Shah Alam tetapi malangnya gambar tersebut boleh disalahtafsirkan sebagai aksi permulaan pasangan gay. Atau mungkin gambar itu cuma super impose? Zul Nordin memang katak gomok yang dibeli dan dibawa naik kereta UMNO oleh Najib supaya suara enaknya boleh melembutkan hati pengundi Shah Alam.

Petikan : TrangnuKite Online............

No comments:

Post a Comment