Saturday, June 6, 2009

Tuan Guru Nik Aziz Solat Jumaat Di Masjid Al-Amin


Seksyen 17 Hari Jumaat menerima kunjungan Musrydul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz apabila beliau hadir ke Masjid Al-Amin untuk solat Jumaat berjemaah dan menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Al-Amin.Kehadiran Tuan Guru pada hari tersebut memberi kejutan kepada para penduduk seksyen 17,khususnya yang bersolat Jumaat di Masjid Al-Amin,walaupun belaku masalah teknikal di Masjid Al-Amin,mungkin kerana keuzuran P.A. System yang menyebabkan bekalan elektrik terputus buat seketika.Ini memalukan lagi bagi pihak pengurusan Masjid Al-Amin kerana,YDP Shah Alam Tuan Hj.Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam juga solat berjemaah di situ.Walau bagaimana pun syukur Alhamdulillah kerana dengan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz di Masjid Al-Amin ini memberikan satu kekuatan kepada PAS Caw.Seksyen 17, Tuan Guru Nik Aziz juga sempat bertemu dan makan tengahari bersama dengan Kelab Penyokong PAS Shah Alam yang di adakan di Dewan MPP Zone 6 yang di kendalikan oleh Sdr.Zulnani Ahli Majlis MBSA di bawah Lujnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Shah Alam.Dalam jamuan makan tengahari itu juga di hadiri oleh Bekas Imam Besar Masjidil Aqsa dan saf pimpinan Hammas serta para pemerhati dari Negara Bangladesh dan Sri Lanka, sempena berlangsungnya Muktamar PAS Ke-55 di Stadium Melawati Shah Alam.

Friday, June 5, 2009

Perasmian Muktamar PAS Ke-55


Add ImageAlhamdulillah..Perasmian Muktamar PAS Ke-55 berjalan dengan lancar di Stadium Melawati Shah Alam yang di rasmikan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Hj.Hadi Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS).Lebih 1,000 perwakilan yang hadir untuk Muktamar PAS kali Ke-55 ini di Stadium Melawati Shah Alam dimana buat julung kalinya Selangor menjadi tuan rumah Muktamar kali Ke-55 ini.

Wednesday, May 13, 2009

Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Shah Alam


Salam,Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring ini telah berlangsung pada 10/05/09 di Padang Sekolah Kebangsaan Seksyen 18,PASTI Nurul Iman mewakili Seksyen 17.Seramai 10 orang kontinjen yang di hantar oleh PASTI Nurul ImanPASTI Nurul Iman hanya mengambil bahagian dalam kejohanan Bola Jaring. Alhamdulillah PASTI Nurul Iman mendapat tempat ke-7 bagi kejohanan Bola Jaring.InsyaAllah tahun depan PASTI Nurul Iman akan memenangi Kojahanan Bola Sepak & Bola Jaring.

PENGUMUMAN : CERAMAH PERDANA KRISIS POLITIK PERAK


Sunday, April 26, 2009

USRAH KALI KE-1

Salam,Alhamdulillah..Usrah kita kali pertama berlangsung dengan izin Allah dengan di hadiri oleh penduduk seksyen 17 seramai 80 orang.Ini adalah satu sambutan yang amat baik pada Usrah yang kali pertama di anjurkan oleh PAS Caw Sek.17.Usrah di sampaikan oleh Nakib Ustaz Zawawi Yusuf.Usrah kali pertama ini menerangkan tentang tatatertib dan muqadimah untuk berusrah.InsyaAllah,pada Usrah bulan depan dapatlah kita mendalami lagi tentang perjuangan kita.Usrah berakhir pada jam 10:30 mlm dan Usrah pada bulan depan pada 29hb Mei 2009.InsyaAllah..