Thursday, October 29, 2009

PAS adakan seminar ganti muktamar khas




KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Image Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

Monday, October 26, 2009

Bagaimana PAS patut hadapi era pemulihan Umno?




Umno mahu memperbaiki dirinya. Ucapan Najib Abdul Razak dalam perhimpunan agung parti itu menunjukkan azam untuk berubah. Dinyatakan bahawa kesedaran sudah melanda Umno dan mereka akan berubah, demi untuk meraih kembali undi yang terlepas dan memantapkan kembali kuasanya.

Tetapi masalahnya, menurut penyokong Umno sendiri, apakah azam pemimpin parti itu akan sampai dan merebak ke bawah? Lebih-lebih lagi di peringkat pertengahan seperti ketua-ketua bahagian yang mendapat habuan daripada sistem politik wang dan korupsi. Harapan yang dilahirkan ialah akar umbi Umno akan menyokong kepimpinan untuk membersihkan parti, tetapi masalahnya ialah di peringkat pemimpin pertengahan. Namun begitu, pemimpin tinggi pun bukannya bebas daripada masalah.

Namun begitu, Umno telah memperlihatkan usaha untuk berubah, sama ada ia berjaya atau tidak adalah soal lain. Apa yang penting bagi langkah permulaan ialah membangun semangat. Itulah yang berjaya dilakukan Umno apabila menang besar di Bagan Pinang baru-baru ini. Ini diikuti perhimpunan agung Umno, yang dilihat penerus kepada semangat yang dibina itu.

Untuk berjaya, proses yang dilakukan Umno ini perlu dikembangkan kepada parti-parti komponen BN yang lain khususnya MCA dan MIC. Maka keadaan itulah yang berlaku dalam usaha bersungguh-sungguh kepimpinan Umno supaya MCA menjadi stabil dan MIC mendapat penyegaran semula. Jika tidak berupaya, maka akan dicari jalan lain, antaranya ialah penubuhan Parti Makkal Sakthi.

Tetapi apa yang berlaku pada BN ini merupakan cabaran kepada Pakatan Rakyat. Usaha penubuhan Makkal Sakthi adalah sebahagian proses memecahkan sokongan padu kaum India dalam pilihan raya umum 2008 kepada Pakatan Rakyat.

Hakikatnya gerakan Makkal Sakti berpecah tiga. Satu masih menyokong Pakatan Rakyat. Yang satu lagi beralih kepada BN. Dan yang satu mengambil pendirian berkecuali. Apa hal pun, ia bermakna Makkal Sakthi telah berpecah, yang membawa erti sokongan kepada Pakatan Rakyat berkurangan.

Tetapi cabaran bagi Pakatan Rakyat bukan itu saja. Perkara pertama ialah kepimpinan utama iaitu Anwar Ibrahim sendiri. Beliau mempunyai banyak masalah yang membebankan juga kepada Pakatan Rakyat. Usaha mesti dilakukan untuk mengukuhkan sosoknya, dan apa hal pun, pemimpin pelapis mesti disediakan. Setakat ini, ia perkara sukar untuk ditentukan tetapi ia perlu dilakukan dan disediakan juga.

Kedua, platform bersama parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Walaupun politik baru yang dibawa Pakatan Rakyat adalah berbeza tetapi satu fahaman berkongsi sama antara PAS, DAP dan KeADILan. Soal PAS dan DAP berada di penghujung spektrum politik mesti diselesaikan. Ini kerana DAP, dari segi idealisme bukannya parti cauvinis Cina. DAP sebuah parti sosialisme demokrasi yang sederhana.

Begitu juga dengan PAS. Ia bukannya parti ekstremis fundamentalis Islam. Ia parti Islam demokrat yang juga sederhana. Kalau tidak sederhana masakan ia masuk pilihan raya dan boleh bekerjasama dengan Parti Semangat 46 masa dahulu dan Parti Keadilan Nasional kemudiannya.

Dalam hal ini, PAS tentunya tidak boleh menentukan apa yang patut berlaku terhadap KeADILan dan DAP. Apa yang boleh dilakukan hanyalah terhadap dirinya saja. Kalau Umno memulakan proses pemulihannya dengan memantapkan pimpinan melalui pengunduran Abdullah Ahmad Badawi dan digantikan Najib, maka PAS mungkin berbeza pendekatannya, tetapi ia harus berjalan.

Maknanya, dari sekarang sudah dipertimbangkan siapa yang akan memimpin Pakatan Rakyat dan setiap parti komponen. Sememangnya diharapkan Anwar terus memimpin Pakatan dengan KeADILan menyediakan kepimpinan pelapis kerana kedudukannya yang lebih luas berbanding PAS dan DAP. Namun begitu, sebarang kegagalan kepimpinan, langkah wajar dibuat untuk bersedia sebagai ganti.

Di pihak PAS, parti ini kena bersedia mengukuhkan diri. Pilihan raya kecil Bagan Pinang wajar menjadi pengajaran kerana ia menunjukkan kelemahannya dan Pakatan Rakyat sendiri. Baik dari segi fahaman, kepimpinan mahupun jentera. Kalau pilihan raya umum 2008 menjadi pemangkin kepada perubahan dalam Umno, maka begitu juga Bagan Pinang bagi PAS.

PAS mesti menyediakan diri untuk memimpin Pakatan rakyat dan tidak boleh mengharapkan KeADILan. Ia mesti menjadi parti pengganti kepada Umno dalam kepimpinan negara.

Dari segi kepimpinan pula, semua masalah yang dihadapi parti mesti ditangani segera dan berhemah oleh pucuk pimpinan. Akhirnya apa yang turut penting ialah kemantapan jentera parti. Daripada kawasan, cawangan, pemimpin, aktivis dan ahli serta penyokong di sekitarnya.


Perkembangan parti mesti dipesatkan supaya kedudukan cawangan PAS di seluruh negara akan menjadi selari dan mampu mencabar pesaingnya dari Umno. Hanya dengan kehadiran yang menyeluruh ini, barulah PAS dapat menggantikan Umno sebagai ketua gabungan parti Pakatan Rakyat.

Dalam hal ini, aliran parti juga mesti diperhatikan. Dalam usaha membangunkan semula parti, Umno telah kembali menjadi parti tengah untuk semua rakyat walaupun ia bertunjangkan Melayu sebagai idealisme. Maka dalam hal ini, PAS mesti muncul juga sebagai parti tengah tetapi bertunjangkan Islam sebagai idealisme.


Ini kerana akhirnya sebagai parti tengah, di mana Umno dan PAS tidak mempunyai banyak perbezaan dari segi memberi khidmat kepada rakyat. Tetapi rakyat dapat memilih mana parti yang lebih berkesan. Sama ada Umno yang tengah kanan atau PAS yang tengah kiri. Persaingan ini akan membolehkan sistem dua parti, yang akhirnya mendatangkan keuntungan kepada rakyat dan negara.

"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS) ?




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha PenyayaImageng. PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.


Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

Terima kasih Prof Aziz Bari atas kritikan anda




Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ('Pengajaran dari Bagan Pinang'). Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.


Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang.

Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS.

Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau.

Image Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide (niat jahat). Tulisan tersebut, bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang.

Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah, Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.

Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa "Hasan (Hasan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka" agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno.

Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.

Adakah persepsi lahir begitu sahaja? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS ? melalui tindak tanduk, kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari 'siege mentality' (mentaliti terkongkong). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik (good listener) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati.

--------------------

(Penulis adalah AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS)_

Sunday, October 25, 2009

PAS akan rebah jika EGM tidak dilaksanakan..




Kenapa kita nak PAS buat sangat EGM ni...kita panggil muktamar khas ni..pokok utamanya adalah ntuk membuang anasir umNo dalam parti islam semalaysia nih.

umum tahu,umNo semakin ditolak rakyat,(kecuali rakyat bagan pinang yang sokong rasuah),yang kita duk gila meroyan nak nersatu dan berpadu dengan umNo awat??

kenapa rakyat bukan islam yang terdiri dari india dan cina sokong PAS pada pilihan raya ke-12 taun lalu(masa tu pakatan rakyat masih belum dibentuk).adakah mereka menerima dasar PAS??nehi kabi nehi gua fikir,sebabnya cuma satu kerana mereka membenci umNo..mereka mahu menghukum umNo atas kezaliman yang dilakukannya..juga kerna kelemahan pentadbiran al pak la badawii...

jadi adalah amat tidak mustahil jika PAS akan rebah tanpa sokongan masyarakat bukan islam di malaysia...walaupun tidak rebah sepenuhnya...dan juga pAS tidak mustail unutk rebah sepenuhnya jika bersama umNo.

PAS adalah parti islam,dan islam amat itdka menyukai jika umatnya melakukan pengkhianatan terhadap sesiapa pun,lebh lebih lagi PAS mmegang title "islam"..bukankah nama baik "islam" di Malaysia akan tercemar jika parti ISLAM semalaysia melakukan pengkhianatan terhadap penyokong non muslimnya.

tidak mustahil,ahli kelab penyoKong PAS yang hari ini berjumpal 30 000 orang akan hilang kepada 30 orang jiak PAS bersama umN0 dan jika PAS terus dipimpin oleh pemimpin yang kurang peka serta tidak tau berterima kasih..

EGM harus dilaksanakan untuk membuang pemimpin yang lemah,anasir2 umNo harus dibersihkan serta PAS harus ada pendirian yang tegas dalam soal UG.PAS selangor yang awal awal dah menolak EGM PAS ini boleh dipersoalkan.

PS-dan jika EGM tidak mahu dilaksanakan,4 pemimpin PAS perlu meletak jawatan bagi mengelakkan PAS renah dan tersungkut di kaki umNo...

Sunday, October 11, 2009

Calon Perasuah Menang Di Bagan Pinang




Seperti yang saya jangkakan PAS agak sukar untuk menang di Bagan Pinang. Berikut adalah faktor ketewasan calon PAS di Bagan Pinang: Ini merupakan faktor dominan iaitu :-


1. Calon Pas bukan perasuah seperti calon Umno

2. SPR senget sebelah kepada Umno@BN- Bakal menjadi komponen BN?

3. Undi Pos???? Malas nak cerita... askar pencen berbelas tahun masih jadi pengundi Pos?

Faktor lain yang perlu diberi perhatian :

1. Calon Pas bukan anak tempatan

2. Strategi gerak saraf Pas perlu diberi perhatian.

3. Petugas PAS yang datang dari seluruh negara kurang efisen - Hanya meramaikan majlis ceramah, memenuhi gerai jualan dan beriadah di pantai Port Dicksons

4. Kesesakan di hadapan markas Besar Pas akibat pembinaan gerai jualan dan kenderaan yang diletakkan sesuka hati menimbulkan kemarahan kepada penduduk / pengundi tempatan.

5. Isu pembinaan kuil di Selangor yang dibangkitkan kepada pengundi India di Bagan Pinang.

6. Isu 'perbalahan' Pakatan Rakyat di Kedah dan Selangor yang didedahkan oleh media????

Walau bagaimanapun bagi semua pimpinan dan petugas yang ikhlas kita tidak pernah tewas dan tidak kalah cuma tidak menang. Allah SWT tidak melihat hasil atau kemenangan sebagai balasan ganjaran dari-Nya. Tingatkan usaha dan keikhlasan ...Kita berjuang bukan kerana sanjungan dan pujian manusia kita berjuang kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT. Teruskan perjuangan....

Petikan Dari:Detikdaily..