Tuesday, April 30, 2013

Isu dakwat kekal hilang dan mencatat nama pengundi awal selepas mengundi




Pada hari ini, pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera dan saya telah menerima aduan berkaitan 2 isu: 1. Isu dakwat kekal hilang Menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun. Oleh itu, petugas parti khususnya paca yang bertugas jika mendapati kejadian ini berlaku di tempat tuan/puan, sila buat laporan polis segera. Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis. Laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing. 2. Isu mencatat nama pengundi awal selepas mengundi Saya juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi. Sila ambil perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei nanti. Oleh itu, amalan menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi. Peguam kami di Sabah telah membuat bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai nama itu telah dikoyakkan. Masalahnya, kami difahamkan bahawa amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh negara. Justeru, saya memohon agar para petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera. Jika SPR enggan maka suatu laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah dibuat. Sila berhubung dengan peguam di parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut.

Sekian
Dr Zulqarnain Lukman
Pengarah Perundangan
Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat

Tumbangkah Pakatan Rakyat Selangor PRU 13 ini?





Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika turun berkempen di negeri Selangor yakin Barisan Nasional dapat rampas semula pada PRU 13 5 Mei ini. Hujjah perdana menteri tidak lain dan tidak bukan ialah ketidakpuasan rakyat Selangor terhadap kerajaan Pakatan rakyat yang memerintah selama lima tahun itu. Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim orang yang dikatakan tidak layak jadi perdana menteri Malaysia selepas PRU 13 ini yakin menang dan dapat lawan Putrajaya. Hujjah Penasihat pakatan rakyat tidak lain dan tidak bukan ialah kerana sudah muak dengan kerajaan BN yang banyak melakukan penyeleweangan dan salahgunakuasa, termasuk rakus dengan rasuah selama lima puluh tahun lebih itu. Namun begitu, penulis fokuskan tulisan ini sepertimana judul diatas iaitu cuba buat analisis pasal kerusi milik BN di Selangor yang kemungkinan besar tidak selamat pada PRU 13 ini. Sekarang ini 9 kerusi DUN yang dimiliki BN tidak selamat kerana majoritinya dibawah angka satu ribu, manakala parti keadilan rakyat hanya satu kerusi sahaja, itu N 10, DUN Bukit Melawati milik Muthiah Maria Pillay yang majoritinya 608 undi. Satu kerusi milik DAP turut tidak selamat iaitu N 4 Dun Sekincahan miliki Ng Suee Lim yang majoritinya hanya 190 undi sahaja. Lapan Kerusi dun yang dimiliki PAS boleh dikatakan hampir semuanya selamat, Cuma kerusi DUN N. 45 Selat Klang miliki Dr Halimah Ali kerana majoritinya 1,459 undi berbanding dengan lain lain majoriti lebih dua ribu keatas. Mari sama sama kita lihat 9 kerusi milik BN dari 20 kerusi yang dikatakan sangat tidak selamat bagi membalas hujah Najib yang yakin Selangor dapat dirampas dan diperintah semula BN pada PRU 13 5 Mei ini. Lihat N 1, Sungai Air Tawar, kerusi miliki Raja Ideris@ Raja Idris Raja Ahmad yang majoritinya 123 undi sahaja. N2, Sabak,kerusi milik Dr Warno Dogol yang majoritinya 117 undi. N6 Kuala Kubu Bahru kerusi milik Koon Mun yang majoritinya 448 undi. N9, Permatang, kerusi milik Sulaiman Abdul Razak yang marojitinya 608. N13 Kuang kerusi milik Abdul Shukur Idrus yang majoritinya 517 undi. N15, Taman Templer kerusi milik Datuk Sei Subahan Kamal yang majoritinya 613 undi. N38 Paya Jaras kerusi milik Datuk Muhamad Bushro Mat Johor yang majoritinya 642 undi. N29 Seri Serdang kerusi milik Datuk Dr. Mohamad Satim Diman yang majoritinya 45 undi sahaja. N53 Morib kerusi milik Hasiman Sidom yang majoritinya 286 undi. Bagaimana pun tumbangkan kerajaan BN Selangor pada PRU 12 dahulu atas sebab ketidakpuasan rakyat Selangor atas sebab kerakusan seorang menteri besar. Atas sebab itu, Najib telah mencanangkan bahawa menteri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah seorang penipu. Oleh itu, orang Selangor hari ini, cukuplah sekali di tipu, agar jangan sampai kena tipu lagi pada PRU 13 ini. Siapakah yang menipu dan siapakah pula yang kena tipu. Pada penulis rakyat jelata Malaysia ini sudah 50 lebih kena tipu BN. Oleh itu, jangan sekali kali ditipu dan tertipu lagi pada PRU 13 5 mei ini.

Petikan : TranungKite Online.........

Abdul Khalid : Esok, Saya Tunggu Najib Di Pelabuhan Klang





SHAH ALAM 30APRIL : Saya akan tunggu Perdana Menteri dan calon Menteri Besarnya di satu restoran di Pelabuhan Klang esok jam 10.30 pagi untuk berdebat dengan mereka. Itu respons daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap cabaran daripada Datuk Seri Najib Razak. Najib telah mencabar Abdul Khalid untuk membentangkan laporan pencapaian lima tahun pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor. “Saya dengan hati terbuka menerima cabaran itu dan telah menyatakan kesediaan saya untuk mengadakan perbahasan dengan beliau. “Walau bagaimanapun sehingga ke saat ini saya tidak menerima sebarang reaksi daripada Perdana Menteri,” kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan media di sini hari ini. Abdul Khalid berkata beliau serta rakyat Selangor akan menunggu Najib esok, di Perkarangan Restoran Iskandar di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang. Abdul Khalid, yang juga calon kerusi DUN Pelabuhan Klang, mahu Najib membawa calon Menteri Besar Selangornya bagi orang ramai mengenali siapa yang akan menerajui pentadbiran negeri sekiranya Umno-BN berjaya tawan Selangor.

Petikan : TranungKite Online........

Monday, April 29, 2013

Tukar kerajaan, rakyat tak rugi

Jangan takutlah, kerana kerajaan bertukar rakyat tidak rugi apa apa pun. Yang rugi, ialah para menteri dan para timbalan menteri. Yang paling rugi dan merugikan ialah perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Sebab itu mereka takut yang amat sangat apabila rakyat nak tukar kerajaan sekarang dengan kerajaan baru. Bukan setkat itu shaja malahan mereka sangat takut dan menjadi trauma apabila dengar kata kata ubah sekali. Rakyat tidak perlu takut, kerana kerajaan baru, walaupun perdana menteri dan timbalan perdana menteri orang tidak ada pengalaman kononya boleh memerintah sama macam mereka juga. Yang melaksanakan tugas pentadbiran kerajaan baru bukan perdana menteri, dan bukan timbalan perdna menteri atau bukan menteri menteri yang baru dilantik. Oleh itu, jangan sekali kali takut dengan dakyah yang mengatakan Negara akan hancur jika Malaysia berperdanakan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Atau Malaysia berperdana menterikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana yang akan menjalankan tugas adalah penjawat awam yang ada pengalaman puluhan tahun sebagai pentadbir. Jadi janganlah takut untuk ubah kerajaan yang ada, kerana kerajaan yang ada telah diterajui oleh mereka yang tidak amanah dan banyak melakukan penyeleweangan dan salahguna kuasa. Disebalik salahgunakuasa mereka jelas dan nyata sah sudah menjadi pengkhianat bangsa melayu, agama Islam dan Negara. Maka ada lebih baik kita tukar dan ubah sekali agar parti pakatan rakyat pula mengambil alih kerajaan setelah 50 tahun lebih parti umno/BN memerintah. Kita rasa dahulu. Jika kerajaan baru tidak boleh cipta rekod yang baik boleh buat keputusan tukar dan ubah lagi. Atau dengan kata lain dapatlah kita buat perbandingan mana lebih baik antara kerajaan baru dengan kerajaan lama. Kalau kerajaan lama lebih baik berbanding dengan kerajaan baru, ubah dan tukar lagi. Rakyat sebagai pengundi tidak rugi apa apa.Yang rugi, perdana menteri dan timbalan perdana, kerana tak dapat kumpul harta. Oleh itu, jangan takut dan ragu ragu nak tukar kerajaan. Undilah parti baru pada Ahad 5 Mei 2013 ini.Kita tengok kewibawaan lima tahun Malaysia kerajaan baru dibawah parti baru. Kalau tidak mampu berbuat melaksanakan apa yang dijanjikan sepertimana yang termaktub dalam manifesto jingga kita tukar dan ubah semula pada PRU 14 nanti. Bukan lama sangat. Lima tahun sahaja pejam pagi pejam malam sampailah waktunya. Petikan : TranungKite Online.........

Thursday, April 25, 2013

PILIHAN BIJAK












APA TUNGGU LAGI !!

5.05.2013 

ANDA PENENTU NYA........

KITA DAPAT MENJIMATKAN KOS SARA 


HIDUP YANG SEMAKIN TINGGI..LEBIH 


DARI 60% YANG SELAMA INI 


MEMBEBANKAN HIDUP KITA...



INI KALILAH UBAH!!!!!!!!!

Pesanan Khas Dari Moderator : Promo PRU 13.........

Tu dia...Pengundi asing tiba di KLIA berselindung sebagai pekerja kilang?

Tu dia...Pengundi asing tiba di KLIA berselindung sebagai pekerja kilang? Tu dia.. dah sampai dah.. siapa boleh jelaskan bangla bangla ni ramai ni datang untuk apa? Apakah berbaju hijau seolah olah uniform kerja kilang ni hanya untuk "mengaburi" mata oarang ramai? Adakah jaminan mereka ni bukan pengundi hantu? Musim mengakut pengundi hantu dah tiba!!! Dari Sabah turun KLIA.. bas2 disediakan.. Lokasi lokasi tu tersorok ke dalam. Ade pengawal jaga kat jln besar arah bas2 tu masuk ke kwsn park. Pastu berderet2 bas masuk dlm, plate sume W. Bila masuk pusing ke kwsn park tu, ade lebey kurg 12 biji bas. Bas persiaran.. Sebelum ni tak ada pun bas2 ni parking kat sana.. Mencurigakan.. kemungkinan ini bas2 yang akan tunggu penumpang pengundi hantu. Mohon sesiapa yang dekat sana tolong check! Lokasi die, tpk psr mlm pekan salak lame, antara pekan yg dkt dgn KLIA .

 Tak Nak BN....#TumbangBN #No2BN PRU 13 nanti ☒ PAS ☒ PKR ☒ DAP

 Jom.. Lihat gambar....






INI SEWA KHAS ... TAK PASTI SAPE YG SEWA N SPONSOR ATAU CHERITY SERVIS DR MSIA AIRLINES...
NORMAL FLT SCEDULE  SEPERTI DIBAWAH...

DEPARTURE  KUL
MH 2604 BKI 0730 
MH 2612 BKI 0825 
MH 2608 BKI 0900 
MH 2610 BKI 0920 
MH 2618 BKI 1145 
MH 2614 BKI 1255 
MH 2616 BKI 1415 
MH 2640 BKI 1530 
MH 2622 BKI 1720 
MH 2662 BKI 1810 
MH 2606 BKI 1900 
MH 2628 BKI 2005 
MH 2626 BKI 2210

TOTAL  13FLT



DEPARTURE BKI
MH 2637 BKI 0830
MH 2603 BKI 0945
MH 2619 BKI 1035
MH 2613 BKI 1220
MH 2605 BKI 1310
MH 2641 BKI 1410
MH 2621 BKI 1510
MH 2611 BKI 1540
MH 2607 BKI 1605
MH 2609 BKI 1940
MH 2617 BKI 2005
MH 2631 BKI 2115
MH 2623 BKI 2300

TOTAL  13FLT

UNTUK PGETAHUAN FLT NI TIKET TIDAK DIJUAL SPERTI FLT BIASE... U ALL BOLEH TENGK KAT ATTCHMNT YANG KAT ATAS TU.


DIA ADA TULIS  CHTR FLT/NO BKGS PERMITTED  . TU MAKNENYE KAPAL NI DI CHARTER/SEWA .

SO SIAPAKAH SPONSOR? MAKLUMAT MASIH DICARI,...



Petikan : King Of Goblok.........




Hot !! Nizar serang Bilik Gerakan BN di Changkat Jering

Satu pendekatan yang bersahaja dari mantan MB Perak Dato Sri Nizar semasa kempen PRU pada kali ini. Dengan selamber beliau menberanikan diri berkempen di dikubu kuat BN dun Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan. Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ. Senario ini boleh menyebabkan Calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya nizar berkempen. Inilah kelebihan serta karisma yang ada pada diri Nizar Jamaludin. Gaya berkempen Dato Sri Nizar memang menarik dan santai. Sebelum ini beliau penah mengemparkan penyokong BN dengan bersahaja serta memberanikan diri duduk di ceramah UMNO sebagai tetamu yang tak di undang. Bravo Nizar... Sumber: FB Wan Mansor Wan Salleh