Monday, June 15, 2009

Nizar Angkat Sumpah Ahli Parlimen Bukit Gantang



Hari pertama mesyuarat kedua penggal ke dua parlimen ke 12 menyaksikan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru menggantikan Allahyarham Hj Roslan. Sdr Nizar memulakan tugas hari ini dengan melaungkan perkataan “Hidup Rakyat” agar ianya bergema menggegar sanubari setiap ahli parlimen. Sudah tentu niat suci beliau dipandang serong, lalu kemudiannya diminta untuk meninggalkan dewan.

Saya menulis sepucuk surat kepada YB Tan Sri Speaker agar Sdr Nizar dan ahli parlimen lainnya dibenarkan hadir pada esok harinya;16 Jun 2009. Malangnya rayuan saya agar YB Speaker mempertimbangkan semula keputusannya diketepikan. Laungan tersebut haruslah dilihat mewakili suara hati rakyat Perak yang mahukan sebuah kerajaan yang sah serta terbukti mendapat mandat dari rakyat.

Pastinya esok media umno bn akan memuatkan berita khusus menyerang watak serta peribadi sdr Nizar. Skrip usang dan wayang lama diputar kembali. Belumpun puas memintal fitnah jahat terhadap saya sosok lain pula akan menjadi mangsa.

Di saat saya mencoret catitan ini terukir sendirian senyuman sinis dibibir saya. Terdetik sebentar, Dato’ Sri Najib tidak pula dituduh sebagai pengkhianat negara apabila melawat Negara China yang diperintah berdasarkan ideologi komunis itu. Walhal negara tersebut merupakan penyokong kuat parti komunis Malaya. Selainkan menyediakan dana, Beijing merupakan destinasi latihan buat pimpinan parti komunis Malaya.

Malahan pendedahan Chin Peng di dalam memoirnya bahawa pihak polis negara terbabit membeli senjata pihak komunis seusainya Perjanjian Haadyai tidak pula disanggah sebagai satu tindakan mengkhianat. Laporan media yang berat sebelah nampaknya sudah menjadi amalan sesegelintir yang mahu terus mengampu umno bn. Haru biru dasar negara kita, diskriminasi bukan sahaja berlaku ketika mengagihkan kekayaan negara, ianya juga ketika menentukan dengan siapa kita harus berdendam.

Petikan Dari :http:\\anwaribrahimblog.com

1 comment:

  1. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR

    ReplyDelete