Monday, June 22, 2009

Operasi Bersepadu MBSA Bersama Imigresen,IPD Shah Alam Dan JAIS


Operasi bersepadu MBSA bersama pihak Imigresen,IPD Shah Alam dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 20hb Jun 2009.Operasi ini di ketuai oleh Tuan Zulkifly Mohd Nani Ahli Majlis MBSA bahagian perlesenan bersama-sama Ahli-Ahli Majlis yang lain.Dalam operasi ini seramai 80 orang anggota dari Penguatkuasa MBSA,Imigresen,JAIS,MPP Zone 6 dan IPD Shah Alam telah ditugaskan.Operasi besar-besaran ini adalah untuk membenteras penjualan arak tanpa lesen,PATI,Kegiatan Pelacuran dan Maksiat di sekitar Padang Jawa,Seksyen 17,18 dan Taman Sri Muda dari jam 08:00 malam hingga jam 02:00 pagi.Alhamdulillah,operasi ini berjalan dengan lancar dan semua tangkapan PATI di tempatkan di lokap sementara Imigresen Shah Alam sebelum di hantar pulang ke Negara masing-masing.Manakala nilai rampasan minuman keras tanpa lesen belum di ketahui dan penangkapan maksiat dibawa ke JAIS Shah Alam.Di harap operasi seperti ini dapat di lakukan dari masa ke semasa bagi membenteras gejala sosial di Bandaraya Shah Alam.InsyaAllah.

Wednesday, June 17, 2009

Tok Guru Nik Aziz minta Ustaz Nasha lepaskan jawatan jika teruskan agenda Kerajaan Perpaduan



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Anggota Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.
“Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.
“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Katanya cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh “boneka Umno” untuk menimbulkan kecelaruan dalam PAS serta pakatan pembangkang.
Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata beliau mengamalkan sikap terbuka dan sedia mendengar serta menimbang apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh PAS.
Sebagai reaksi, Nasharuddin berkata PAS berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.
Nik Abdul Aziz berkata beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS di Kelantan telah menerimanya sebagai calon untuk bertanding di Bachok pada pilihan raya umum 2008.

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan."Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. "Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata: "Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. "(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas."Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno." Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka."Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri."Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.
Petikan Dari:http:\\Malaysiakini.com.my

Monday, June 15, 2009

Nizar Angkat Sumpah Ahli Parlimen Bukit Gantang



Hari pertama mesyuarat kedua penggal ke dua parlimen ke 12 menyaksikan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru menggantikan Allahyarham Hj Roslan. Sdr Nizar memulakan tugas hari ini dengan melaungkan perkataan “Hidup Rakyat” agar ianya bergema menggegar sanubari setiap ahli parlimen. Sudah tentu niat suci beliau dipandang serong, lalu kemudiannya diminta untuk meninggalkan dewan.

Saya menulis sepucuk surat kepada YB Tan Sri Speaker agar Sdr Nizar dan ahli parlimen lainnya dibenarkan hadir pada esok harinya;16 Jun 2009. Malangnya rayuan saya agar YB Speaker mempertimbangkan semula keputusannya diketepikan. Laungan tersebut haruslah dilihat mewakili suara hati rakyat Perak yang mahukan sebuah kerajaan yang sah serta terbukti mendapat mandat dari rakyat.

Pastinya esok media umno bn akan memuatkan berita khusus menyerang watak serta peribadi sdr Nizar. Skrip usang dan wayang lama diputar kembali. Belumpun puas memintal fitnah jahat terhadap saya sosok lain pula akan menjadi mangsa.

Di saat saya mencoret catitan ini terukir sendirian senyuman sinis dibibir saya. Terdetik sebentar, Dato’ Sri Najib tidak pula dituduh sebagai pengkhianat negara apabila melawat Negara China yang diperintah berdasarkan ideologi komunis itu. Walhal negara tersebut merupakan penyokong kuat parti komunis Malaya. Selainkan menyediakan dana, Beijing merupakan destinasi latihan buat pimpinan parti komunis Malaya.

Malahan pendedahan Chin Peng di dalam memoirnya bahawa pihak polis negara terbabit membeli senjata pihak komunis seusainya Perjanjian Haadyai tidak pula disanggah sebagai satu tindakan mengkhianat. Laporan media yang berat sebelah nampaknya sudah menjadi amalan sesegelintir yang mahu terus mengampu umno bn. Haru biru dasar negara kita, diskriminasi bukan sahaja berlaku ketika mengagihkan kekayaan negara, ianya juga ketika menentukan dengan siapa kita harus berdendam.

Petikan Dari :http:\\anwaribrahimblog.com

Friday, June 12, 2009

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT DAN PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN SESI 2009 – 2011

PRESIDEN : YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
TIMBALAN PRESIDEN : YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA
NAIB PRESIDEN (1) : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
NAIB PRESIDEN (2) : YB SALAHUDDIN AYUB
NAIB PRESIDEN (3) : YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
KETUA DEWAN ULAMAK : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIBKETUA DEWAN PEMUDA : USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
KETUA DEWAN MUSLIMAT : USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) : YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFARAHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAKAHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALIAHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLIAHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDINAHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIKAHLI JAWATANKUASA KERJA (9) : MOHAMED HANIPA MAIDIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (10) : YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH AHLI JAWATANKUASA KERJA (11) : YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALIAHLI JAWATANKUASA KERJA (12) : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMANAHLI JAWATANKUASA KERJA (13) : YB DR DZULKEFLY AHMAD
AHLI JAWATANKUASA KERJA (14) : YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWIAHLI JAWATANKUASA KERJA (15) : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (16) : MAZLAN ALIMAN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (17) : YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIBAHLI JAWATANKUASA KERJA (18) : YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – JAWATAN-JAWATAN UTAMA


SETIAUSAHA AGUNG : DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
BENDAHARI PAS PUSAT : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLIKETUA PENERANGAN PAS PUSAT : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMADKETUA PENGARAH PILIHANRAYA : YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (5) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – TAMBAHAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT

AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA
AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : HAJI MOHAMAD SABU
AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) : HJ MOHD ANUAR TAHIR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : HAJI ASMUNI AWI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD
AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : YB WAN UBAIDAH WAN OMAR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : HAJI AHMAD DOLLAH

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 34 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – PESURUHJAYA PAS NEGERI

PESURUHJAYA PAS PERLIS : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
PESURUHJAYA PAS KEDAH : YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN
PESURUHJAYA PAS PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN
PESURUHJAYA PAS KELANTAN : YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT PESURUHJAYA PAS TERENGGANU : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
PESURUHJAYA PAS PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
PESURUHJAYA PAS SELANGOR : DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI
PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN : HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN : HJ ZULKEFLY MOHAMAD
PESURUHJAYA PAS MELAKA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN PESURUHJAYA PAS JOHOR : DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
PESURUHJAYA PAS SABAH : HAJI MUHAMAD ABDULLAH PESURUHJAYA PAS SARAWAK : USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA

Pilihanraya Kecil N.41 Dun Manek Urai