Tuesday, August 11, 2009

Malaysia sangat lembab dalam isu H1N1


"Berdasarkan bilangan kes-kes yang semakin meningkat saban hari, tidak termasuk lagi jumlah institusi-institusi yang terlibat dalam proses kuarantin, pemimpin Malaysia masih lagi leka dan seronok membilang jumlah kes yang bertambah setiap hari.

oleh Ibnuyaacob, Abd Aziz Atiqullah & Arman

sekolh
Utusan a dan Berita Harian tidak ada berita lain yang dipaparkan selain daripada membuat kira-kira bilangan rakyat yang semakin dijangkiti. Kita tidak pasti sehingga angka kematian yang ke berapakah yang boleh menyebabkan kerajaan Malaysia mewajibkan pemakian topeng muka.

Sehingga hari ini, tiada lagi tindakan kerajaan untuk mengambil langkah mewajibkan pemakaian topeng muka seperti di Thailand. Sepatutnya, walaupun terdapat satu kes, tindakan segera hendaklah di ambil.

Iklan berkaitan mengelakkan Swine Flu di televisyen daripada kementerian kesihatan tidak bermaya, lembap dan kurang agresif. Iklan hanya seperti iklan mencegah denggi. Sepatutnya iklan tersebut memaparkan bahawa H1N1 boleh berjangkit melalui udara terutamanya kawasan-kawasan pasaraya.

Kelembapan tindakan kerajaan Malaysia ini mungkin disebabkan tiada anak isteri atau saudara mara menteri-menteri yang dikuarantin atau terkena H1N1. Kami yakin tindakan sepantas kelajuan cahaya akan diambil sekiranya anak bini menteri terkena Swine Flu.

Setiap hari, ada sahaja berita tentang tempat yang dikuarantin tetapi setiap hari juga jabatan-jabatan kerajaan masih menganjurkan pelbagai majlis keramaian termasuklah mesyuarat-mesyuarat rasmi skala besar di hotel-hotel dan golf resort.

Artikel ringkas ini, ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia terutamanya pelajar-pelajar perubatan agar mendesak pensyarah-pensyarah perubatan mereka mendesak golongan pakar perubatan di Malaysia agar menasihati pemimpin yang lembab.

Setakat ini, kami masih menunggu laporan desakan daripada Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia terhadap kementerian kesihatan. Apakah mereka tidak tahu betapa bahayanya Swine Flu dan vaksin palsu yang bakal ditempah oleh Ismail Merican?"

Himpunan Bubar DUN PERAK di Stadium Perak


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kerana Kerajaan Pusat bersedia untuk menyediakan tempat yang bersesuaian untuk berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan akan dikotakan.

DPPN Pk akan menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran untuk mendesak supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak seperti yang telah dibenarkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini. Himpunan tersebut bakal akan diadakan di Stadium Perak, Ipoh dan tarikh bagi himpunan tersebut akan dimaklumkan kemudian.

DPPN Pk amat menunggu kenyataan seperti yang telah dinyatakan oleh Datuk Seri Najib dan dengan keputusan Kerajaan ini akan melebarluaskan sistem demokrasi dalam negara kita. DPPN Pk amat yakin juga bahawa semua pihak mesti akur tuntutan demokrasi yang ada didalam negera kita ini.

DPPN Pk berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan memberikan kerjasama penuh nanti. DPPN Pk juga berharap kenyataan Datuk Seri Najib adalah benar dan tidak berselindung dengan motif politik kotor Umno / Barisan Nasional (BN).

DPPN Pk akan mengutus surat kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi memohon menggunakan Stadium Perak, Ipoh manakala akan juga mengutuskan surat kepada Ketua Polis Negeri Perak untuk memberikan kebenaran perhimpunan tersebut. DPPN Pk berharap semua pihak akan akur dengan kebenaran daripada Datuk Seri Najib.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Replika Najib Razak sama taraf Dewa Muruga di Batu Caves.


"Replika gambar gergasi Datuk Seri Najib Razak dibina bersama dengan patong atau Dewa Muruga dikuil Batu Caves. Solah-olah gambar replika Najib bagaikan dewa yang bersemayang di Batu Caves.

Mengikut lapaoran Malaysia kini replika gegasi Najib yang dibina beratus meter panjang. Hebat sungguh Najib dan umno demi untuk mengambil hati masyarakat kaum India yang berugama hindu.

Kami mahu ajukan kan gambar gergasi replika Najib yang berada bersama dengan dewa Murugu yang berada dipintu masuk utama kuil Hindu di Batu Caves kepada ulama UMNO dan Jabatan Islam Malaysia (JAKIM) dari sudut pandangan Islam.

Kerana pernah berlaku satu gambar gergasi replika Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dibina oleh PKR. Namun semua juak-juak umno dan pemimpin umno marah dan ustaz dalam umno termasuk Jakim menegur dan membantah. Akhirnya replika Anwar doroboh oleh PKR kerana akur pada teguran.

Kami juga teruja teguran dari bekas mufti Perlis Dr Asri Zainal seorang tokoh dan ulama muda serta berilmu terhadap gambar Anwar,.....ada unsur keberhalaan dan perlu dihapuskan replika Anwar. Akur dengan teguran maka gambar Anwar dirobohkan.

Bagaimana pula gambar gergasi Najib yang berada dikuil Hindu Batu Caves bersama dengan Dewa Muruga?... Sehingga kini tiada teguran dari ulama UMNO dan Jabatan Ugama Islam Malaysia (JAKIM) serta pembodek umno menegur kaedah gambar replika Najib.

Untuk maklumat gambar replika gergasi Najib dibina di kuil Batu Caves dibina semperna dengan Festival kebudayan Satu Malysia, yang dirasmi oleh Najib.

Adakah gambar replika gergasi Najib bakal diroboh juga atau akan kekal buat satu jangka waktu. Kami tunggu teguran dari ulama umno dan pemimpin umno serta media pembodek kerajaan tentang keharusan perlunya gambar replika gergasi Najib.
"

ronnie liu : ada beza antara arak dan beer


Maka yang jelas Ronnie Liu mungkin ada kebenaran dari segi perundangan yang dicipta oleh penjajah. Rupa-rupanya begitulah negara kita selama ini dan kalau terus umno barisan nasional memerintah perkara sebeginitidak akan terbongkar.

Beer adalah minuman yang mengandungi 8.8% dan ke bawah kandungan araknya. Dan beer tidak dikategorikan sebagai arak maka tidak terikat dengan sebarang perundangan yang terkena ke atas arak. Oleh itu sesiapa saja boleh menjual beer tanpa perlu mendapat kebenaran atau lesen daripada PBT.

Maka inilah yang kita kena perlu renung betul-betul. Betapa longgarnya undang-undang kita. Dan kita perlu berusaha merubah apa yang termaktub tentang pentafsiran arak dalam perundangan kita sekarang.

Umno selama ini diam tanpa sebarang bunyi mengenai isu ini. Tapi sekarang bising memanipulasi isu arak yang akhirnya membawa kepada dakwaan pas bertelagah dengan dap. Watak MB Selangor pula dipotraitkan sebagai seorang yang telah memihak kepada dap. Maka pas diminta keluar dari pakatan rakyat kerana dap dan pkr tidak dapat bekerja sama dengan pas. Serangan demi serangan terus dilakukan ke atas kerajaan selangor dan pulau pinang. Mereka cuba melemahkan kedua-dua kerajaan ini.

Wednesday, August 5, 2009

Monday, August 3, 2009

Himpunan Mansuhkan ISA: 526 bebas




Seramai 526 daripada 589 orang yang ditangkap polis ketika perhimpunan berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara sepanjang semalam sudah dibebaskan.

Baki 63 masih lagi ditahan termasuk Ahli Parlimen Subang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa, Naib Presiden PKR, ditahan di kawasan berhampiran Kompleks Sogo petang semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad ketika dihubungi berkata, seramai 52 penyokong perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan direman selama empat hari.

“Maklumat yang saya terima daripada peguam kami menunjukkan 52 orang sudah direman empat hari.

“Dan, nasib seramai 40 orang lagi akan ditentukan hari ini sama ada dibebaskan ataupun dikenakan reman juga,” kata beliau yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS.

Ketika ditanya sama ada polis sudah menghubungi mereka, Kamaruzaman berkata, “kami belum menerima apa-apa notis lagi.”

“Biasanya, berdasarkan pengalaman kami ketika mengadakan protes memansuhkan PPSMI dulu, polis mengeluarkan notis memanggil kami hadir untuk memberikan keterangan.

“Setakat ini (pagi ini) belum lagi, tapi kami difahamkan, berdasarkan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, 11 orang akan dipanggil,” katanya lagi.

13 DIREMAN
Ahmad Zamri Khuzaimi yang bertindak sebagai peguam penyelaras kepada mereka yang ditahan berkata, setakat pagi tadi 13 orang penyokong GMI sudah dikenakan reman.

“Berdasarkan maklumat kami, daripada 63 yang dikatakan masih ditahan, 13 dikenakan reman.

“Dalam tempoh dua jam lagi, kami akan dapat mengetahui berapa ramai yang akan ditahan reman dan sebagainya,” kata beliau ketika dihubungi 12.30 tengah hari tadi.

Peguam kepada PAS Wilayah Persekutuan itu berkata, sebahagian daripada 13 itu sudah dikenakan tahanan reman petang semalam di Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun beliau mengesahkan Sivarasa bukan merupakan antara mereka yang ditahan reman.

Katanya, peguam-peguam mereka akan membantah jika dikenakan tahanan reman ke atas baki 50 tahanan kerana sebahagian besar daripada mereka ditahan polis sebelum perhimpunan bermula.

“Perhimpunan bermula pukul 2 petang… jadi alasan mereka sertai perhimpunan tidak kena. Jadi, kami pun tidak pasti alasan yang akan digunakan oleh polis untuk menahan reman mereka,” katanya.

Petikan Dari :Jiwokelate

Monday, July 13, 2009

Tok Guru umum cuti bagi semua penjawat awam negeri dan persekutuan esok

Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata langkah itu diambil selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai akan berlangsung esok.
Beliau berkata pihaknya melihat bahawa hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.
“Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab ‘Cuti Peristiwa’. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian,” katanya.
Esok merupakan hari mengundi pilihan raya kecil DUN Manik Urai yang diadakan ekoran kematian Anggota Dewan Undangan Negeri dari PAS Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas, yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50.
Bercakap pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini hari ini, Nik Abdul Aziz berkata cuti semasa pilihan raya kecil bukanlah perkara baru, malah pernah dilaksanakan kerajaan negeri Pulau Pinang semasa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tidak lama dahulu.
“Saya tidak tahu mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan hari mengundi pada hari bekerja, sepatutnya (diadakan pada) hari cuti mingguan dan cuti sekolah,” katanya.
Beliau seterusnya menasihatkan pengundi kawasan DUN Manik Urai supaya beramai-ramai keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab itu sebagai satu ibadah.
Katanya beliau bersyukur orang ramai kini semakin matang berpolitik di mana tidak berlaku sebarang kejadian tidak ingini sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Manik Urai sehingga ini.


Petikan :http://jiwokelate