Wednesday, August 19, 2009

Kerusi DUN Kota Siputeh kosong?




Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah telah menghantar kepada ibupejabatnya di Putrajaya, surat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kedudukan anggota DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya.

Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas.

"Perkara ini akan dikendalikan di peringkat ibu pejabat. SPR mempunyai bahagian undang-undang yang akan meneliti perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dr Abdul Isa dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kerusi DUN Siputeh itu di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini, pukul 10 pagi esok.

Sebelum ini, negara sudah menyaksikan tujuh pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Manakala pilihanraya kecil kelapan di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang akan berlangsung minggu depan.

Petikan:http://Malaysiakini.com.my

PR: HATI-HATI STRATEGI BARU UMNO YANG BERKESAN

"Umno kini sudah mengorak langkah untuk keluar dari kepeningan menghadapi serangan dari bloggers dan pengundi yang menolak mereka dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bermula dari kejayaan grand design Najib Tun Razak merampas Perak dari PR, kini najib menyerang Selangor dengan memperalatkan secara optimum SPRM, Polis, Jabatan Pelajaran dan lain-lain agensi kerajaan yang sentiasa sedia diperkudakan oleh UMNO si pengkhianat agama, bangsa dan negara ini. Mereka telah mengatur strategi yang menarik untuk diteliti bagi membalas serangan yang di lancarkan ke atas mereka semasa pilihanraya umum dahulu.

SPRM melalui Pengarah siasatannya mengumumkan kononnya mereka akan berhenti dari melakukan siasatan ke atas ahli politik. Akhbar hari ini (Berita Harian 17hb Ogos) pula melaporkan bahawa SPRM bukan Gestapo.

Jika kita meneliti kenyataan pertama, ia seolah-olah menggambar bahawa SPRM sudah merajuk dalam melaksanakan tugas mereka. Dari satu sudut yang lain, jika kita berfikir secara rasional, ianya adalah melucukan. Kenyataan sebegitu boleh disamakan dengan tamsilan, seekor harimau bertekad tidak akan makan/memburu rusa lagi kerana sudah kerapkali gagal menangkapnya dalam siri perburuannya. Bukankah lucu bunyinya??? Tidakkah menyiasat dan menghapuskan rasuah itu adalah tugas SPRM? Jadi, jika mereka tidak mahu menyiasat ahli politik (baca ahli politik pembangkang), ia bermakna SPRM tidak melaksanakan tugasnya. Bukankah tugas SPRM menyiasat dan menangkap ahli politik pembangkang yang disyaki rasuah.

Kita menyaksikan bagaimana lakonan/sandiwara Mahkamah Tinggi pada Jun 2009 yang lalu yang mengisytiharkan Datu Seri Nizar sebagai MB Perak yang sah dan pada keesokan harinya Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut??? Skrip yang amat ringkas dan mudah difahami tetapi amat berkesan dalam memusingkan pemikiran rakyat supaya membenci pembangkang. Kini adegan yang sama dilakukan oleh SPRM pula. Sudah ramai mereka membabitkan ahli politik PKR dan DAP dalam rasuah sehingga terbunuhnya Teoh Beng Hock. Dan jangan lupa, mereka juga menyiasat ahli politik UMNO (di Terengganu) dalam siri perlaksanaan tugas mereka.

Dari kedua-dua episode di atas, maka media, pemimpin UMNO/BN akan dapat memerangkap pembangkang di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan mematahkan hujah PR dalam setiap tindakan mereka. PR tidak boleh lagi mendakwa mahkamah tidak bebas kerana DS Nizar menang dan SPRM tidak boleh dikaakan tidak bebas kerana mereka juga menyiasat 2 orang Wakil Rakyat dari Terengganu. Jadi – mahkamah dan SPRM adalah dua agensi yang tidak memilih bulu. Betulkah realitinya?

Kita menyaksikan sudah berpuluh laporan polis dibuat oleh PR yang membabitkan bukan sahaja bekas wakil rakyat, wakil rakyat, menteri, kroni UMNO malah Perdana Menteri sendiri tetapi – tiada satu pun tindakan atau siasatan yang dilakukan oleh SPRM. Ini adalah mengenai SPRM.

Bagi mahkamah pula, kita menyaksikan bagaimana semua pemimpin UMNO dan kroni-kroni mereka yang didakwa telah didapati tidak bersalah atau tidak didakwa langsung. Razak Baginda, Kasitah Gadam, Eric Chia, Tun Dr Mahathir, kes Lingam, Idris Jusoh dan keruntuhan Stadium Sultan Mizan di Terengganu, Dr Khir Toyo dan Balkis serta rumah agamnya, projek PPRT dan Annuar Musa di Kelantan dan yang terakhir ialah dakwaan dari Ketua Backbencher BN ke atas Presiden MCA yang menerima RM10 juta sebagai derma (kononnya) dan Ketua Wanita MCA pula tidak dinyatakan jumlahnya. Kita yakin Datuk Seri Tiong King Sing tidak berani untuk memecah lubang jumlah derma (istilah baik untuk kerja yang hina) yang diberi dan berapa ramai pemimpin UMNO atau kroni mereka yang menerimanya.

Polis pula amat aktif, tangkas dan cekap apabila ada laporan dibuat melibatkan pemimpin PR. Penggunaan ISA ke atas orang PAS majoritinya atas alasan-alasan yang direka oleh UMNO/polis adalah perkara biasa. Dalam penjara, polis membelasah tahanan, menganiayai, menghina dan menyiksa mental mereka sebagai yang dibuat oleh Gestapo, CIA, Savak, dan Mossad – tiada bezanya. Bila ada pihak yang membangkitkan isu tahanan mati dalam lokap, maka UMNO pun membela polis dengan alas an dan hujah-hujah karut mereka. Kita tidak perlu ada pita rahsia untuk merekodkan video kekejaman polis UMNO ini. Lihat saja bagaimana mereka memperlakukan kepada para demonstran pada setiap kali diadakan perhimpunan aman di Kuala Lumpur.

Dua tahun lalu UMNO/BN pening kepala memikirkan bagaimana mahu menyekat maklumat yang disebarkan melalui internet oleh masyarakat yang prihatin dari sampai ke seluruh lapisan masyarakat. Kini mereka sudah dapat penyelesaiannya iaitu dengan mengupah blogger untuk berhadapan dengan blog-blog yang tidak pro kepada UMNO/BN. Tidak dapat dinafikan memang terdapat ramai manusia yang sanggup diperalatkan dan diperhambakan dengan ganjaran yang sedikit walaupun agama, bangsa dan negara mereka tergadai. Blog-blog ini menulis dan memfitnah para wakil rakyat khususnya dari DAP dan PKR. Apabila penafian dibuat maka UMNO pun dalam masa yang sama membuat penafian ke atas dakwaan-dakwaan yang ditulis oleh blogger yang kontra mereka. Lalu UMNO pun berhujah bahawa sebagaimana wakil rakyat PR menafikan fitnah dari blog-blog, maka samalah keadaannya dengan apa yang mereka lakukan.

Strategi UMNO yang mahu mengelirukan fikiran rakyat masih diteruskan kerana ia terbukti berjaya dan berkesan sejak dahulu. Apa yang sudah termaktub dalamAl Quran tetapi bertentangan dengan polisi dan tindakan mereka (UMNO) mereka mengupah para ulamak untuk menjustifikasikannya dengan hujah-hujah yang mengelirukan masyarkat yang sudah sedia jahil. Contohnya dalam bab jihad, UMNO mengelirukan konsep jihad yang utama iaitu jihadul qital kepada jihad-jihad yang kecil yang tidak diberi penekanan oleh Nabi s.a.w.

Kini PR perlu berhati-hati dengan strategi halus dan terkini UMNO/BN. Mereka akan arah mahkamah, polis ,SPRM dan agensi-agensi kerajaan yang lain agar berbuat sesuatu (‘by hook or by crook’) untuk membabitkan pemimpin PR dan apa jua kes dan dalam masa yang sama bersandiwara. dengan menangkap beberapa pemimpin UMNO kemudian menutup failnya secara senyap-senyap. Mereka kini sudah matang untuk menangkis strategi politik pembangkang dengan mengikut rentak politik PR. Desakan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja kes Beng Hock dipatuhi tetapi sebagaimana yang kita jangka, suruhanjaya itu hanya menjadi budak suruhan UMNO sahaja. Kegagalan PR untuk mengatasi perancangan strategic UMNO yang terkini ini akan mengakibatkan rakyat berjaya dikelabui dan di tipu sekali lagi oleh UMNO. Kesan jangkamasa pendeknya ialah PR bakal menyaksikan merudumnya sokongan masyarakat kepada mereka jika langkah strategik seterusnya tidak diambil segera. "

17 Pengkhianatan Umno Kepada Melayu – Dato’ KJ

Taman Melewar (PemudaGombak.com) – Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan ”Anwar Pengkhianat”, mereka lupa bahawa Umnolah yang memulakan pengkhianatan kepada orang Melayu.
Dato Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahatir.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan pada 16 Ogos lalu di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

”Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr mahathi sehingga sekarang di bawah Najib”, kata Dato’ Kamaruddin Jaafar.

”Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya”, kata Dato Kamaruddin.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang ke-dua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara, dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tanagn PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.

Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melatu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

Sunday, August 16, 2009

500 000 : Stadium Shah Alam - Solat Hajat & Munajat Selamatkan Kerajaan PR



Dirasakan dalam keadaan dan suasana yang begitu kritikal sekarang ini. Dengan pelbagai kerja – kerja jahat. Tidak ada hukum halal haramnya lagi. Dosa pahala dah dibuang jauh – jauh. Soal syurga dan neraka tidak ada lagi dalam perkiraan najib, muhyidin , dan umno.

Yang ada Cuma matlamat menghalalkan cara sahaja , iaitu Selangor mesti dirampas , ‘by hook or by crook’


Pakatan Rakyat di Selangor pula , ternampak semacam berantakan di dalamnya. Seolah – olah adanya gelora dan arus deras di dasarnya.

Walhal , darah dan air mata rakyat telah banyak tumpah sebelum dan menjelang 08 mac 2008 lalu , bagi menawannya.

Adakah pimpinan tertinggi PR kini sudah alpa , lena dengan kedudukan dan pangkat sekarang ini. Seolah – olah telah membelakangi amanah rakyat dalam PRU-12 lalu

Adalah dirasakan perlu kini , rakyat turut sama mempertahankan kerajaan ini. Tetapi bagaimana caranya ? dan bukanlah bermaksud pemimpin – pemimpin tertinggi sudah tidak dapat diharapkan lagi.

Mungkin ada baiknya diadakan satu himpunan 500,000 orang di Stadium Shah Alam , dalam masa terdekat , khususnya dalam bulan Ramadhan yang bakal tiba. Elok kalau dapat diadakan setiap minggu , setiap jumaat , dan dipimpin secara bergilir – gilir oleh TGHH , TGNA, DHD , dan lain – lain.

Mohonlah kepadaNya , semoga diselamatkan kerajaan PR Selangor, diberikan taufik dan hidayah kepada seluruh pimpinannya.

Dan mungkin , boleh didoakan semoga Tuhan menurunkan azab dan bala ke atas seluruh pimpinan UMNO

Permatang Pasir: Salleh Man calon PAS lawan Rohaizat



PERMATANG PASIR, 15 Ogos - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mengumumkan Pesuruhjaya Negeri, Salleh Man sebagai calon PAS sekaligus mewakili Pakatan Rakyat untuk bersaing dengan calon BN-Umno, Rohaizat Othman bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir, dekat sini selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya lima jam sebelum itu.


Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Abdul Hadi di hadapan ribuan penyokong parti.


Turut hadir malam tadi ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Dato' Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Dato' Mahfuz Omar.


Sehingga kini, dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, BN dan seorang lagi calon bebas, Kamarul Ramizu yang juga bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini.


Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos.

Thursday, August 13, 2009

Pakatan Rakyat akan didaftarkan



Hampir 100 para pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu dari PAS, PKR dan DAP berhimpun di Tropicana Golf Club pagi ini mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan tidak lama lagi.

Keputusan ini dicapai selepas menerima cadangan dari pimpinan Pakatan yang telah membincangkan perkara itu sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menurut Anwar, mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang akan memperincikan perkara ini dan seterusnya mendaftar Pakatan Rakyat kepada Pendaftar Pertubuhan.

Menurut Anwar, beberapa persoalan teknikal seperti jumlah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat perlu tujuh parti akan diperincikan kemudian.

"Ini bukan undang-undang, ia hanya peraturan dalam mendaftar sahaja," kata Anwar.

Isu kedudukan Pakatan Rakyat yang dianggap longgar ekoran tidak didaftar secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional (BN) menjadi salah satu topik perbincangan dalam Bengkel Memperkasakan Pakatan Rakyat di Tropicana Golf Resort hari ini.

Hampir 100 pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyertai bengkel bermula jam 9 pagi dan akan berakhir sehingga lewat petang ini.

Selain Anwar, turut serta adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Yang tidak kelihatan hanya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Karpal Singh, Pengerusi DAP.

Setiap parti menghantar kira-kira 30 perwakilan ke dalam bengkel sehari ini.

Turut sama dibincangkan adalah isu menangani arak di Selangor, Jawatankuasa Disiplin Pakatan Rakyat dan serangan BN terhadap Pakatan Rakyat.

Untuk isu arak, bengkel bersetuju dengan pendirian Selangor dalam hal ini. Isu pertembungan peribadi antara Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu dan Datuk Dr Hassan Ali juga selesai dalam bengkel ini.

Sehingga Pakatan Rakyat didaftarkan secara rasmi, isu disiplin akan ditangani oleh parti masing-masing.

Isu serangan BN terhadap Pakatan juga dijawab oleh Anwar apabila ditanya wartawan.

"Kita akan pertahan habis-habisan kerajaan Selangor dan kita yakin BN memang akan berusaha ke arah itu sebagai yang mereka buat di Perak," kata Anwar

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, August 12, 2009

ISU ARAK DI SELANGOR :UMNO LIDAH BERCABANG


Apabila Majlis Bandaraya Shah Alam merampas arak di kawasan majoriti Melayu, kemudian pula dibantah oleh Romie Liu Exco Kerjaan Tempatan atas tindakan MBSA. Maka Umno pun ambil kesempatan di atas isu ini, kononnya satu penghinaan kepada orang Melayu dan Islam di Selangor. Maka ada di kalangan mereka yang mengadakan demontrasi, Ali Rostam dan Khairi Jamaudin pula menyuruh Pas keluar Pakatan Rakyat, kerana perjaungan Pas tidak dihormati. Sebenarya apa yang dinyatakan oleh pemimpin Umno itu bukan ikhlas untuk mengharamkan arak, tetapi mereka hendak memecah belahkan Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak kenal siapa wajah pemimpin umno maka kita akan anggap umno adalah parti yang suci dalam debu. Tetapi kalau kita kenal inilah pemimpin yang lidah bercabang.



Umno kena jawab soalan ini dahulu sebelum komen isu arak di Selangor.

-Bukankah rakyat yang ketagih arak di negara ini kerana umno yang membiarkan rakyat mabuk . Apabila rakyat mabuk maka mereka tidak peduli isu stadium runtuh, bagaimana pemimpin mereka boleh bina rumah RM24 juta, kematian Beng Hock, isu wakil rakyat umno Selangor belanja RM27 juta dalam masa 50 hari, isu skandal PKFZ, isu siapa bunuh Antatuya.

- Apa yang umno buat selama 52 tahun mereka memerintah di negara ini untuk membendung masalah arak di negeri-negeri yang mereka memerintah.

-Kenapa Dato’ Ali Rostam tidak mengharamkan arak di Melaka. Kalau kita ke Melaka Raya bersepah kedai arak, kenapa Ali Rostam tidak ada niat untuk mengawal penjualan arak di negeri beliau.

-Khairi Jamaludin jangan tunjuk beliau anti arak, kita kenal siapa kamu.

-Bukankah umno tidak memberi kerjasama pada program untuk mencegah maksiat dan gejala keruntuhan akhlak remaja. Ini dapat dilihat kes penangkapan penguatkuasa JAWI terhadap 100 orang belia di Kelab Zouk yang sedang melakukan perbuatan durjana dan mabuk. Walaupun ada pandangan yang menyokong tindakan JAWI di kalangan individu yang menjadi pemimpin Pemuda Umno seperti Ustaz Shamsul Najmi Shamsuddin dari Biro Agama Pemuda Umno. Malangnya tindakan yang beliau lakukan telah dibelasah oleh Dato’ Hishamuddin Hussain dan Khairi Jamaluddin Naib Ketua Pemuda Umno yang menganggap bahawa ini pandagan peribadi Shamsul Najmi. (Sunday Mail 27hb Feb 2005)

-Kenapa pemimpin umno tidak mengarahkan supaya wang EPF dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengeluarkan pelaburan mereka di dalam syarikat arak. Isu ini lebih besar kerana membiarkan wang pekerja yang tidak berdosa di dalam kilang arak.

-Kita tidak pernah dengar pemimpin umno menyuarakan dalam persidangan umno supaya orang Islam tidak dibenarkan menjadi ahli lembaga syarikat arak.

-Kita tidak pernah dengar umno mencadangkan supaya orang Islam tidak dibenarkan bekerja di tempat menjual arak.

-Kita tidak pernah mendengar umno berhajat untuk mengawal arak di dalam penerbangan MAS, kerana ia adalah hak kerajaan.

Daripada hujah di atas sah umno adalah parti yang berpura-pura memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya pemimpin umno adalah perangsang maksiat di negara ini. Mereka hanya berlakon anti arak, kerana hendak menarik undi orang Islam sahaja. Umno mampu tanggani isu arak, kalau umno mahu. Contohlah kerajaan Kelantan yang berjaya mengawal arak dan mendidik rakyat supaya tidak bebas membeli arak. Arak hanya dijual di kawasan majoriti orang bukan Islam. Inilah juga cadangan Pas Selangor untuk kerajaan Selangor. Insyaalah kita cuba membentuk rakyat Selangor di bawah Pakatan Rakyat, berbeza dengan rakyat yang dibentuk oleh umno/bn. Kita yakin cadangan Pas Selangor akan menjadi kenyataan satu hari ini, untuk melihat rakyat yang jijik dengan arak.


* Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat