Saturday, June 27, 2009

Tinjauan Manek Urai 3: Fauzi Calon PAS

Tok Guru Isytihar Calon PAS

Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah (gambar) dipilih sebagai calon parti PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Fauzi yang sentiasa berserban sejak belia lagi, kata Tok Guru - Foto Malaysiakini
Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu ceramah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11.30 malam ini.
Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang Pemborong Ikan dan anak tempatan.
Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggungjawab sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil – juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, penasihat DAP, Lim Kit Siang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; dan Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution. Sementara itu, BN pula dijangka mengumumkan calonnya Ahad ini.Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

Petikan Dari:http://jiwokelate.com

Thursday, June 25, 2009

Taklimat Khas Mantan Naib Presiden PAS

Alhamdullillah 24hb Jun 2009 telah berlangsungnya Taklimat Khas dari mantan Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang di Dewan MPP Zone 6 yang melibatkan pimpinan PAS kawasan Shah Alam dan cawangan-cawangan di seluruh Shah Alam.Taklimat dan amanat ini adalah bagi menerangkan tentang pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak.Di mana di dalam taklimat ini kita dapat mempelajari bagaimana untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi memerintah sesebuah negeri.Taklimat ini juga bagi membantu PAS Selangor dan khususnya Shah Alam untuk mempertahankan kemenangan di Negeri Selangor dan Shah Alam.Dalam taklimat ini juga menerangkan isu-isu semasa yang melanda Negeri Perak.Semoga dengan adanya informasi ini wakil-wakil cawangan dapat menyampaikan kepada ahli-ahli PAS di cawangan masing-masing InsyaAllah.

Wednesday, June 24, 2009

Monday, June 22, 2009

Tuan Guru Nik Aziz Tarik Balik Kenyataan Terhadap Ustaz.Nasha



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno."Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair."Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan."Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

Petikan Dari :Blog YB Khalid Samad

TIADA KERAJAAN PERPADUAN

Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang, Tingkat 14, Blok Menara Parlimen Malaysia pada 22 Jun 2009.



Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:
1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.
2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.
3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.
Kenyataan ditandatangan DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG DAN LIM KIT SIANG.
Petikan Dari :http://jiwokelate

Sekreteriet Pakatan Rakyat (SEPAKAT)


Alhamdulillah Sekreteriat Pakatan Rakyat (SEPAKAT) adalah satu program gabungan parti PAS dan parti Keadilan Shah Alam bagi membentuk sebuah kemuafakatan dalam Pakatan Rakyat.Program Retreat ini di adakan selama 2 hari 1 malam di Janda Baik Pahang dari 21 hingga 22 Jun yang di hadiri oleh Jawatankuasa PAS Kawasan Shah Alam dan Jawatankuasa Cabang PKR Shah Alam.SEPAKAT ini di pengerusikan oleh YB.Khalid Samad (MP),YB.Rodziah Ismail (Dun Bt.Tiga) dan YB.Yaakob Sapari (Dun Kota Angerik).SEPAKAT di wujudkan adalah untuk persiapan PRU13 yang akan tiba tidak lama lagi bagi mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua-dua parti.Selama 2 hari 1 malam ini semua Jawatankuasa berkongsi pendapat untuk persediaan PRU13 dan saling mengenali di antara Ahli Jawatankuasa.Pada malam 21hb Motivasi di sampaikan oleh YB.Dr.Zulkifli Ahmad (MP)dari PAS dan pada jam 09:00 pg 22hb Motivasi di sampaikan oleh YB.Azmin Ali (MP & Dun).Di harap program seperti ini dapat di jalankan di peringkat kawasan-kawasan yang lain bagi memperkukuhkan Pemerintahan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor.

Operasi Bersepadu MBSA Bersama Imigresen,IPD Shah Alam Dan JAIS


Operasi bersepadu MBSA bersama pihak Imigresen,IPD Shah Alam dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 20hb Jun 2009.Operasi ini di ketuai oleh Tuan Zulkifly Mohd Nani Ahli Majlis MBSA bahagian perlesenan bersama-sama Ahli-Ahli Majlis yang lain.Dalam operasi ini seramai 80 orang anggota dari Penguatkuasa MBSA,Imigresen,JAIS,MPP Zone 6 dan IPD Shah Alam telah ditugaskan.Operasi besar-besaran ini adalah untuk membenteras penjualan arak tanpa lesen,PATI,Kegiatan Pelacuran dan Maksiat di sekitar Padang Jawa,Seksyen 17,18 dan Taman Sri Muda dari jam 08:00 malam hingga jam 02:00 pagi.Alhamdulillah,operasi ini berjalan dengan lancar dan semua tangkapan PATI di tempatkan di lokap sementara Imigresen Shah Alam sebelum di hantar pulang ke Negara masing-masing.Manakala nilai rampasan minuman keras tanpa lesen belum di ketahui dan penangkapan maksiat dibawa ke JAIS Shah Alam.Di harap operasi seperti ini dapat di lakukan dari masa ke semasa bagi membenteras gejala sosial di Bandaraya Shah Alam.InsyaAllah.